Ejen Ali Musim 3 - Misi Jaguh (Bahagian 1)

 


Hi korang,

Ejen Ali Musim ke-3 telahpun berakhir. Namun, terdapat beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya dalam episod 13 yang lepas, seperti adakah I.R.I.S Ejen Alicia juga mempunyai override mode? Kenapa Dato Othman kembali semula menjadi Dato Bandar, apakah sebenarnya perancangan Misteri Cero? Dan adakah Kim akan jadi Obito? 

Maaf, tu gurau je.

Pastikan anda baca artikel ini sehingga habis.



Jom mulakan.

1. I.R.I.S Ejen Alicia



Ejen Alicia akhirnya diumumkan sebagai pemenang ARENA kerana telah berjaya mengumpul mata tertinggi. Kemenangannya dalam ARENA menyebakan Alicia juga menjadi pengguna baharu I.R.I.S. Namun, jika diteliti I.R.I.S yang digunakan Alicia seperti mempunyai sedikit perbezaan dari I.R.I.S yang asal. Kemungkinan I.R.I.S yang digunakan Alicia telahpun diubah suai dan tidak mempunyai Override Mode.


Korang okay tak, Ali tak dapat semula I.R.I.S? Tinggalkan pendapat anda diruangan komen.

2. Gasing Ejen Ali



Ejen Ali akhirnya berjaya megalahkan Cinco. Namun, menjadi tanda tanya, mengapakah gasing yang digunakan Ejen Ali masih berfungsi sedangkan gajet ejen-ejen lain tidak dapat digunakan ketika Cinco telah berjaya mengawal mainframe? 


Gasing Ejen Ali masih berfungsi disebabkan ia tidak disambungkan dengan  mainframe. Mungkin perkara tersebut berlaku disebabkan gasing Ali menggunakan teknologi lama iaitu teknologi sejak zaman ibunya lagi, Ejen Aliya. 


Apa-apapun, naik taraf gasing Ejen Ali sangat gempak.


Ouh ye, bagaimana dengan SATRIA? Langgan dulu saluran YouTube kami untuk menonton video akan datang.

3. Dato Bandar Cyberaya



Pada babak akhir Misi Juang, Dato Hisyam kelihatan meninggalkan pejabatnya dan ketika itu kelihatan juga kembalinya Dato Othman sebagai Datuk Bandar Cyberaya.


Adakah Dato Hisham dilucutkan jawatan? Mungkin dia hanya menjadi Datuk Bandar interim sementara Dato Othman menjalani rawatan kesihatan. Namun, apakah perancangan Dato Othman selepas ini? Adakah dia masih dengan sikapnya yang sombong seperti sebelum ini?

4. Ejen Rizwan



Ejen Rizwan mengaktifkan semula saki baki micro bug yang masih terdapat dalam badannya menggunakan alat yang diberikan oleh Profesor Akram. 


Korang rasa apa plan Rizwan selepas ini? Dan bagaimana dengan Professor Akram? Adakah dia masih hidup?

5. Misteri Perancangan Cero



Di babak akhir episod 13 menunjukkan bahawa terdapatnya komunikasi antara Rizwan dan Cero melalui Trez sebagai medium.


Kata-kata Cero menunjukkan bahawa agenda Numeros adalah memperjuangkan sesuatu yang penting. Namun, adakah Cero memperjuangkan sesuatu yang baik? Perkara ini menjadikan kita keliru siapakah sebenarnya penjahat dalam plot cerita ini.


Bersama kita nantikan musim keempat atau Ejen Ali The Movie 2.

Ouh ye. Ni pun misteri juga. Mana Comot?

Sumber: Wau Animation

Catat Ulasan

0 Ulasan

close