Pelbagai Kegunaan Gam Pistol Untuk Kemudahan Seharian

                             Sumber: Google

Gam pistol biasa digunakan dalam pembuatan kraftangan kerana mudah didapati dan dapat memegang sesuatu benda dengan kuat. Namun, selain daripada untuk melekatkan barang lada permukaan, gam ini juga boleh digunakan bagi kegunaan lain untuk memudahkan kehidupan kita.

1. Selipar yang licin
                             Sumber: YouTube

Selipar yang licin pasti tidak selesa digunakan apatah lagi di atas lantai yang basah. Tetapi, anda tidak perlu lagi membeli selipar yang baru kerana hanya dengan menggunakan gam pistol, selipar anda akan lebih kesat dan anda tidak akan tergelincir lagi. Hanya letakkan sedikit gam pada bahagian bawah selipar seperti di dalam gambar dan selipar anda akan lebih selamat digunakan.

2. Butang

                              Sumber: YouTube

Butang yang cantik mudah didapati di mana-mana kedai tetapi selalunya harga butang tersebut agak tinggi. Apatah lagi jika anda hanya memerlukan sedikit sahaja butang untuk menambah seri barang anda. Pasti tidak padan dengan masa dan wang perlu digunakan. Dengan hanya menggunakan gam pistol dan sedikit 'glitter', anda mampu membuat butang sendiri yang tidak kurang cantiknya.


                              Sumber: YouTube

Hanya campurkan glitter tersebut dengan gam dan bentukkan mengikut kesesuaian anda. Apabila kering, gunakan jarum untuk membuat lubang di tengah butang tersebut.

3. Papan Pembersih Berus

                              Sumber: YouTube

Mereka yang sering menggunakan berus mekap atau cat past tahu betapa sukar untuk memastikannya bebas daripada cat atau bahan mekap. Dengan cara yang mudah ini, anda mapu membuat papan untuk membantu anda membasuh berus tersebut dengan lebih mudah.

                              Sumber: YouTube

Anda hanya perlu membuat sedikit corak menggunakan gam tersebut pada satu permukaan yang keras dan papan pembersih anda boleh digunakan sebaik sahaj gam kering!

4. Penyambung pensel



                             Sumber: YouTube

Bagi mereka yang tidak ingin membazir dengan membuang pensel yang pendek tetapi masih boleh digunakan, tips ini untuk anda. Menggunakan batang gam, buat lubang di hujungnya menggunakan gam pistol. Kemudian, hanya sambungkan bahagian belakang pensel ke dalam lubang tersebut dan biar kering.

5. Penyangkut baju

                              Sumber: YouTube

Sesetengah baju sukar disangkut dan sering terjatuh kerana saiz lehernya yang besar dan penyangkut yang licin. Hanya letakkan sedikit gam di kedua-dua bahagian atas sebelah tepi penyangkut dan baju anda tidak akan menggelongsor lagi.

6. Bunga Hiasan

                              Sumber: YouTube

Jika anda ingin menceriakan rumah anda tanpa menggunakan wang yang banyak, anda boleh menggunakan tips ini. Hanya sediakan beberapa batang kayu atau apa sahaja yang menyerupainya, gam pistol dan labuci. Letakkan gam di hujung batang tersebut sehingga lebih tebal daripada bahagian lain dan celupkan ke dalam bekas berisi labuci. Hasilnya, anda akan mendapat bunga yang cantik tanpa menggunakan banyak wang.

7. Hiasan beg


                              Sumber: YouTube

Setelah berkali-kali digunakan, pasti beg anda akan luntur warnanya dan kelihatan buruk. Namun, daripada membuang beg yang masih digunakan, anda boleh menghiasnya agar kelihatan lebih baharu dan cantik. Menggunakan bunga palsu, gam dan kreativiti, anda boleh menghias beg tersebut mengikut kesesuaian anda.

Masih terdapat banyak cara untuk menggunakan gam pistol yang pasti dapat memudahkan kehidupan anda. Bagi isi yang lebih banyak, anda boleh melihat video di bawah.

Sumber: YouTube

Catat Ulasan

0 Ulasan

close