Tempat-Tempat Seram Di W.P. Labuan



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


    Sebenarnya admin dah lama nak buat artikel tentang Tempat-Tempat Seram Di W.P. Labuan ni cuma tak ada masa. Jadi pada hari ni admin akan kongsikan kepada anda mengenai Tempat-Tempat Seram Di W.P. Labuan yang admin pernah tahu dan pernah dengar dari orang.

    Tempat seram? apa yang anda tahu tentang tempat seram? Ah! admin akan terangkan sedikit. Kalau dalam masyarakat kita, tempat seram ni lebih kepada tempat yang sudah ditinggali lama atau tidak dihuni dalam tempoh waktu yang lama. Semua tempat lama-lama pasti akan dilabel sebagai tempat seram terutamnya tempat tinggal atau bangunan yang sudah tidak dihuni


   Kalau seram mesti terfikir hantu kan? Hantu pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

1) Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia seringkan dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan sama ada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semula jadi.
2) Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia

 Okay! dah jelaskan? kalau dah faham bolehlah tengok Tempat-Tempat Seram & Berhantu Di W.P. Labuan ini. Eh sekejap! tempat-tempat yang tersenarai ni tidak termasuk kuburan :)



6. Lapangan Terbang Labuan 



 
Lapangan Terbang Labuan yang terletak 2KM dari pusat bandar Labuan ini telah mula beroprasi sejak 2003 (kalau tak silap) ini menjadi salah satu tempat yang seram dan berhantu di Labuan. Ramai yang berkata pernah ternampah seorang perempuan yang berpakaian serba putih sering berjalan-jalan sekitar lapangan tebang tersebut pada waktu malam. Ada juga yang berkata bahawa ada sebuah rumah mewah yang berdekatan simpang lapangan terbang ini dijual/disewakan dengan murah dan penghuninya akan diganggu makhluk halus(hantu). Betul atau tidak? Tak perlu percaya sangat..



5. Jalan Tanjung Aru (menuju kampung Lubok Temiang)
Peta Labuan


   
Sesiapa sahaja yang melalui jalan ini memang akan berasa seram dan rasa lain macam. Dengan keadaan jalan raya yang tidak mempunyai lampu jalan kalau ada pun jauh-jauh menambahkan lagi keadaan seram itu. Mengikut pengalaman orang yang pernah melalui laluan itu pada waktu malam malam akan kelihatan lembaga putih yang berpasangan berjalan-jalan di tepi jalan. Ada juga yang berkata lembaga itu akan duduk d sebuah batu yang besar berdekatan jalan itu. Tapi ni hanya cerita dari orang lain kepada orang lain kepada orang lain dan seterusnya. XD


4. Pantai Batu Manikar Labuan



  Pantai ini memang mendapat banyak tarikan pelancong kerana pantainya yang indah dan pada waktu senja kita akan dapat melihat matahari terbenam sambil menikmati hidangan sate yang dijual pantai itu.  Seramnya terletak pada gambar yang admin paparkan di atas  (Admin tak tau apa nama benda tu XD). Ada yang berkata pernah tertangkap gambar makhluk halus semasa memancing di kawasan itu dan pulang sahaja dari tempat itu terus demam.. Tapi seenarnya tempat ni tak lah seram dan berhantu sangat.... tepat ni lebih sesuai di panggil tempat rekreasi terbaik Labuan.. hihi



3. Klinik Kesihatan Labuan (atau dikenali sebagai hospital lama)



   Sebelum adanya Hospital Nukleus Labuan, Labuan ketika itu hanya mempunyai Hospital yang tidak besar itu (Tapak saja besar tapi hospital kecil. haha) . Dulu ramai pesakit di klinik ini pernah melihat seorang wanita serba putih yang membawa bayi ditangannya. Tapi sekarang perkara ini macam sudah kurang dijadikan percakapan. Sebenarnya kawasan Hospital Labuan inilah tempat yang bersejarah di Malaysia kerana Jepun kali terkahir menyerah kalah di kawasan ini dan berdekatan Klinik ini juga terdapat memorial perang . PEACE NO WAR!



2. Taman Botanikal Labuan


   Tempat ini menduduki tempat kedua terseram dan berhantu di Labuan. Asalnya tempat ini ialah rumah kerajaan British yang terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12’. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim’.
rumah Kerajaan British


 Ramai yang pernah melihat hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.




1. Hotel Labuan


    Hotel Labuan menduduki tempat pertama paling seram dan berhantu di Labuan. Hotel ni terletak tepat di dalam Bandar Labuan iaitu di depan Dataran Labuan . Keadaan infrastrukturnya yang usang dan tidak di pelihara membuatkannya kelihatan lebih seram terutamanya waktu malam. Mengikut artikel yang admin pernah baca, bangunan ini terbengkalai pada tahun (entah admin lupa).
Waktu siang


Banyak kejadian aneh yang telah terjadi di bangunan 10 tingkat ini. Antaranya kejadan aneh ialah seseorang pernah ternampak seorang wanita yang berpakaian serba putih yang memangang seorang bayi ingin terjun dari bangunan itu. Keadaan ini menyebabkan orang yang menyaksikan kejadian itu membuat panggilan kecemasan kepada Bomba & Penyelamat Labuan. Setelah pihak Bomba memeriksa dalam bangunan itu tidak terdapat sesiapa pun. SERAM KAN? haha... Kejadian lain yang baru berlaku ialah bangunan ni terbakar beberapa kali. Entah macamna boleh tebakar , Kalau nak kata orang masuk dalam bangunan tu memang tak logik sebab bangunan ni telah di pasang pagar disekelilingnya oleh Perbadanan Labuan sejak kejadian seorang wanita ingin terjun tu.





   Okay, itu saja untuk kali ini :) Benar atau tidak? Allah Saja yang tahu. Percaya atau Tidak? terpulang kepada anda :)

Mungkin ada tempat seram lain yang tidak tersenarai, jadi mohon kepada pelawat yang mengetahui lokasi/tempat seram yang lain supaya meninggalkan komen di bawah.

Apa-apapun Labuan merupakan tempat menarik untuk dilawati.
  JOM MELAWAT LABUAN!

p/s: Masa admin menaip dah naik bulu roma ...mambari takut eh... hahaha


KOMEN DAN SHARE!!

tag: #labuan #pulaulabuan #labuanseram #hantulabuan
 








Catat Ulasan

5 Ulasan

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)

close