5 Misteri Ejen Ali yang Masih Tidak Terungkai di Ejen Ali The Movie

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disebabkan ramai yang meminta untuk kami menerbitkan artikel teori Ejen Ali, maka, artikel kali ini kami akan kongsikan 5 misteri Ejen Ali yang masih tidak terungkai di Ejen Ali The Movie.

1. Siapakah ibu bapa Alicia yang sebenarnya? 

Alicia merupakan seorang ejen teras Neuro M.A.T.A dan pelajar terbaik SRT Cyberaya 1. Dalam Misi: Seri, terpapar nama Alicia Kheng di tabletnya yang menunjukkan alicia berbangsa . Dalam Misi: Neo, Alicia telah mengatakan bahawa ibu bapa kandungnya sudah meninggal dunia, dan dia dijaga oleh bapa angkatnya iaitu General Rama yang berbangsa india sejak kecil lagi. Adakah ibu bapa Alicia seorang ejen yang terbunuh semasa menjalankan misi?

2. Di manakah Ejen Iman & Ejen Zass?

Berdasarkan Misi: Neo, kedua-dua watak ini tidak muncul dalam pertarungan akhir menentang Niki. Ramai yang menganggap mereka ini cedera semasa pertarungan menentang Uno dalam Misi: Legasi. Namun, Iman tidaklah begitu cedera dan Zass hanya terkena renjatan elektrik daripada senjata tangan Dos. Adakah mereka berdua ini tertinggal pesawat atau sedang ‘duduk di rumah’?


3. Siapakah ejen yang hampir terkorban semasa ujian rahsia IRIS? 

Dalam Misi: Tujuan, Djin telah melakukan ujian rahsia untuk mengawal seluruh sistem Cyberaya menggunakan IRIS. Namun berlaku perbezaan pendapat antara Zain dan Djin setelah ujian rahsia IRIS hampir membunuh seorang ejen MATA.  Adakah ejen yang dimaksudkan tersebut Ejen Aliya?
Namun, Berdasarkan Misi: Neo Ejen Aliya telahpun meninggal dunia. Kalau anda perasan juga, dalam Misi: Legasi, Bakar menundukkan kepalanya ke arah tugu peringatan ejen Tekno yang telah meninggal dunia. Mungkin ejen tersebut hanyalah ejen lain dari HQ MATA.

4. Apakah hubungan sebenar Rizwan dan Dos? 

Ejen Rizwan merupakan anak murid Ejen Djin dan antara ejen terbaik MATA. Dos pula merupakan pengikut setia Uno. Dalam Misi: Kembali, Ejen Ali dan beberapa ejen muda lain cuba mengintip Ejen Rizwan yang dikatakan mengkhianati MATA apabila bertemu Dos. Dalam Misi: Tujuan pula Rizwan dibawa Dos ke pinggir bandar namun pengikut Uno menganggap Rizwan hanya berpura-pura sehingga berlaku pertarungan. Dalam babak akhir Misi: Legasi juga menunjukkan Rizwan datang ke rumah Cuatro . Dalam babak akhir Misi: Neo juga menunjukkan Ejen Rizwan dan Dos mengintip Ali di Restoran Mamak Maju. Adakah Uno dan kumpulan Numeros masih wujud?

5. Siapakah di sebalik ‘Neonimus’? 

Watak maya ini pertama kali muncul dalam Misi: Main dan dikenali sebagai dalang jenayah siber kerana telah menggodam sistem stesen CRT Cyberjaya. Bakar dan Alicia mendapati individu Neonimus melakukan penggodaman melalui sebuah Kafe Siber namun identitinya masih tidak diketahui. Adakah Neonimus, Seis dan Viktor adalah orang yang sama kerana ketiga-tiga watak ini mengenakan warna tema yang sama iaitu hijau.

Kesimpulannya, 5 misteri tersebut hanyalah sekadar teori malah jawapannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin akan terjawab dalam Ejen Ali Musim ke-3 ataupun Ejen Ali The Movie 2. Oh ya, lagi satu, siapakah sebenarnya Cikgu Munah?

Bagaimana pula pendapat anda? sila komen dan kongsikan artikel ini.

Sumber:
Fandom: Ejen Ali
Wau Animation

Catat Ulasan

1 Ulasan

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)

close