Ejen Ali Musim 3 - Misi Getir



 Hi korang!

Nampaknya jalan cerita Ejen Ali Musim ke-3 ini penuh dengan plot twist. Agaknya siapakah sebenarnya Cero dan apa matlamat utama Numerous? Adakah Ali akan menjadi pengguna IRIS semula? Baca artikel ni sampai habis.

Okay, jom kita mulakan.

1. Siapakah Cero?



Ramai yang menyangka bahawa Dato’ Hisham merupakan Cero. Sebaliknya Dato’ Hisham hampir digunakan oleh Numerous menggunakan kawalan minda melalui panggilan telefon. Mungkin pertemuan Dato’ Hisham bersama Cinco hanyalah untuk meminta bantuan daripada Numerous agar perancangannya untuk Cyberaya dapat dilaksanakan. Hal ini disebabkan MATA pada asalnya tidak menyokong rancangan Dato’ Hisham.


Jadi, siapakah Cero? Cero… sebenarnya…. Dia!


Haah… gurau je. Sebaliknya, kami berteori bahawa Cero ialah Dr Ghazali. Sebab apa? Mungkin dia berdendam atas kematian isterinya, Ejen Aliya. Mungkin teori ini agak mengarut, tapi takpelah, kita sama-sama nantikan jawapannya.

2. Apa matlamat sebenar Cinco?



Menjadi tanda tanya, kenapakah Cinco sanggup melakukan semua perancangan jahatnya untuk menyerang MATA? Adakah Cinco mempunyai kisah silamnya yang tersendiri sehingga dia berdendam dengan MATA sebelum ini?  Cinco juga telah mengenali Kim lebih awal di tempat rumah jagaan atau tempat mereka dipaksa berlatih. Jadi, mungkinkah ada perkara buruk yang berlaku kepada keluarga Cinco sehingga dia berdendam dengan MATA? 


Tapikan, korang perasan tak kuasa microbug Cinco sama macam nanobot Big Hero, tak pun sama macam… 

3. Adakah Kim akan khianat?



Kim merupakan seorang ejen muda dari cawangan Timur, kisah silamnya agak menyedihkan kerana dia tidak pernah mengetahui keluarganya. Namun Kim telah mengenali rapat Cinco sebelum ini sehingga dia menganggap Cinco sebagai kakaknya. Jadi, adakah Kim akan khianat kepada MATA atau sebaliknya dia akan khianat kepada Cinco? 


Eh jap, Comot apa jadi? Kalau jadi apa-apa dengan Comot… kami selaku fans Comot akan mengamuk. 



4. Siapa akan memenangi ARENA?



Dalam perlawanan akhir Arena, ejen Kim dan ejen Sam telah tersingkir. Kita menyaksikan perlawanan antara ejen Ali dan Ejen Alicia berlangsung sengit. Ejen Alicia juga kelihatan mempunyai hasrat untuk memenangi Arena, kerana ayahnya General Rama juga pernah memenangi Arena. Kemampuan bertarung Ali juga semakin gempak. Namun, perlawanan antara Ali dan Alicia terganggu disebabkan kehadiran Cinco. Jadi, siapa akan menang dan apakah akan terjadi? 


Kami pun tak tahu. hahaha.

5. Adakah Ali akan menggunakan IRIS semula?



Bak kata fans Ali, “Ali tanpa IRIS tak hesmes”. Jadi adakah Ali betul-betul akan mendapat semula IRIS? Kalau perasan, Ketua Teras Ejen Dayang kelihatan seperti sangat mengharapkan agar Ejen Ali memenangi Arena. Ye lah kan, Ali kan anak emas Ejen Dayang. Cuma, apakah perancangan sebenar Ketua Teras terutamanya Ejen Dayang, dan bagaimana dengan Sut SATRIA? 


Kami yakin ramai fans Ejen Ali nak Ali pakai IRIS semula kan? Kan kan… komen sikit kat bawah.

Jadi secara keseluruhannya, Musim 3 ini telah hampir berada di penghujungnya. Kemungkinan besar kita tidak akan dapat mengetahui siapakah sebenarnya Cero dalam musim ke-3 ini. 


Haih… Plot Ejen Ali ni macam bukan cerita untuk budak-budak pula kan. 


Sekian, jumpa lagi.

Sumber: Wau Animation

Catat Ulasan

0 Ulasan

close