6 Fakta Ibu Ejen Ali, Ejen Aliya (Ejen Ali The Movie)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Akhirnya, Ibu sebenar Ejen Ali iaitu Ejen Aliya telahpun diketahui setelah filem Ejen Ali The Movie ditayangkan. Ternyata teori Ejen Dayang sebagai ibu Ali adalah salah. Oleh itu, artikel kali ini kami akan kongsikan 6 Fakta Mama Ali iaitu Ejen Aliya.

1.  Seorang yang penyayang.

Ejen Aliya merupakan seorang ibu yang menyayangi ahli kerluarganya termasuklah adiknya bakar dan anaknya Ali. Sikap baik hati Aliya dapat kita lihat apabila Aliya menolong Niki untuk mempertahankan orang pinggiran yang ditindas dan diketipkan oleh kerajaan Cyberaya. Bukan itu sahaja, Aliya juga merupakan watak yang baik hati dan berani.

2.  Menggunakan gasing sebagai gajet.

Ejen Aliya telah menggunakan gasing sebelum Aliya direkrut ke dalam M.A.T.A lagi, Aliya mempunyai lebih daripada satu gasing sebagai senjatanya. Secara ringkasnya gasing yang dimiliki Ejen Aliya mempunyai kecanggihan luar biasa! Malah lebih hebat dari beyblade! Dapat kita lihat bahawa Wau Animation berjaya mengetengahkan permainan tradisional kita dan kalau anda perasan ejen Aliya juga memakai pakaian muslimah seperti bertudung.

3.  Pencipta dan pengguna I.R.I.S. 

Ejen Aliya yang pernah bersekolah di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya merupakan seorang yang berbakat dalam bidang teknologi. Bakatnya dalam bidang teknologi dapat dilihat apabila Ejen Aliya berjaya mencipta  I.R.I.S sehingga Ejen Aliya diberikan anugerah khas daripada M.A.T.A. Bukan itu sahaja, Aliya juga pernah mencipta permainan video untuk adiknya bakar, kaki bionik untuk Niki dan penjana kuasa bersumberkan tenaga Azurium untuk penduduk pinggiran.

4. Seorang ‘Super Ejen’ M.A.T.A

Aliya juga sebenarnya mempunyai kehebatan dalam bertarung. Di satu babak dalam Ejen Ali The Movie iaitu semasa Bakar menunjukkan video lama Aliya kepada Ali, video tersebut menunjukkan Ejen Aliya dapat mengalahkan Ejen Rizwan semasa mereka berlatih. Selain itu, Aliya juga pernah diberikan anugerah khas dari M.A.T.A oleh Ketua Teras Tekno iaitu Ejen Dayang sehingga Ejen Aliya digelar Super Ejen.

5.  Mengawal 'Overide Mode' Ali.

Sebab utama Ejen Ali tidak dapat mengawal Overide mode adalah disebabkan terdapatnya data Ejen Aliya di dalam I.R.I.S. Melalui Ejen Ali The Movie, Aliya telah berjumpa Ali di Dimensi I.R.I.S dan memberitahu punca sebenar kenapa Ali tidak dapat mengawal overide mode, Secara ringkasnya data-data Aliya tersebutlah yang sebenarnya mengawal Ali semasa Overide Mode! Untuk Ali mengawal sepenuhnya I.R.I.S, data-data Aliya mesti dipadam terlebih dahulu. Sungguh menyedihkan.

6. Punca Kematian Aliya.

Ejen Ali The Movie telah merungkai rahsia sebenar punca kematian Aliya selama ini. Aliya sebenarnya meninggal dunia semasa menjalankan sebuah misi bersama ketua teras iaitu misi menentang kawan lamanya Niki yang kononya memperjuangkan penduduk pinggiran. Namun perbezaan pendapat berlaku antara mereka. Nik juga bertindaki mengaktifkan peluru berpandu untuk menghancurkan Cyberaya. Ejen Aliya terpaksa menggunakan Overide Mode dengan sepenuh tenaganya sehingga menyebabkan dirinya terkorban.

Secara keseluruhannya, walaupun Ejen Aliya hanya merupakan watak sampingan, tetapi watak Ejen Aliya meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita sebagai penonton. Hargailah orang yang tersayang selagi mereka masih ada. Mereka sentiasa berkorban untuk kita. Baiklah teruskan menangis……


Sumber:
Fandom: Ejen Aliya
Fandom: I.R.I.S


Catat Ulasan

0 Ulasan

close