Ejen Ali Episode 12: Sengat



 Hi korang!

Nampaknya, Ejen Ali Musim 3 hampir berada di penghujungnya.  Selain misteri Cero, banyak lagi perkara lain yang masih misteri dan tidak terjawab, seperti apakah hubungan antara Ketua Teras Ejen Dayang dengan Ejen Ali? Adakah mainframe berjaya diakses, dan bagaimanakah untuk mengalahkan Override Mode Cinco dan Ejen Kim? Baca artikel ini sehingga habis. 


Jom kita teruskan!


1. Override Mode baharu



Ternyata Cinco dan Ejen Kim merupakan clan Uchiha yang tersisa.



Ternyata Cinco bukan sahaja memiliki microbug sebagai senjata baharunya, malah dia juga telah berjaya menaik taraf IRIS yang dapat dibenamkan terus ke dalam mata.


Teknologi IRIS yang dinaik taraf tersebut juga digunakan oleh Ejen Kim sehingga dia berjaya menewaskan Ejen Ali dan Ejen Alicia ketika berada di bilik kawalan tekno dengan menggunakan Override mode. Namun adakah Kim benar-benar akan belot kepada MATA atau dia hanya dikawal oleh override mode Cinco?


Hmmm…haraplah comot tak ape-ape kan… 

2. Apakah hubungan antara ketua teras Ejen Dayang dan Ejen Ali?



Kehadiran Cinco di perlawanan akhir ARENA juga menyebabkan ketua teras iaitu Ejen Ganz dan Ejen Dayang beraksi. Namun kedua-dua mereka berjaya ditewaskan, termasuklah semua ejen mentor yang lain. Terdapat satu babak yang menunjukkan bahawa Ejen Dayang mengalirkan air mata ketika Cinco bertanya sama ada Ejen Dayang mahu kehilangan seseorang atau tidak, sambil menunjukkan skrin yang terpapar Ali dan Alicia ditewaskan oleh Ejen Kim. 


Menjadi tanda tanya, apakah sebenarnya perkara yang masih dirahsiakan Ejen Dayang berkenaan Ali? 


Takkan la Ejen Dayang isteri baru Dr Ghazali kot. Haha. Maaf mengarut.

3. Adakah IRIS dan SATRIA akan digunakan?



Ramai masih tertanya-tanya berkenaan perkara ini. Apakah teknologi lain yang mampu mengalahkan override mode melainkan menggunakan IRIS original. Namun siapa yang akan menggunakannya?


Kemungkinan Ali akan mengguna semula IRIS untuk menewaskan Cinco. Namun bagaimana pula dengan projek SATRIA yang telah sync dengan Ali oleh Ejen Dayang ketika di babak kredit akhir Ejen Ali The Movie? 

4. Kemunculan Analogman



Sejak awal musim ke-3 lagi, Analogman yang merupakan seseorang yang membenci kemajuan teknologi langsung tidak ditonjolkan. Namun, di video intro Ejen Ali terpapar kehadiran Analogman.


Mungkinkah Analogman akan muncul di episod akhir Ejen Ali Musim ke-3 ini? Jika Analogman muncul, adakah dia akan membantu MATA atau sebaliknya berpihak kepada Numeros? Kemungkinan juga kemunculan Analogman akan menjadi kaedah untuk membuka semula akses keluar masuk ke ARENA.


Atau Analogman ialah Cero? Teori kami, analogman bukanlah Cero dan kemungkinan besar juga kita tidak akan mengetahui siapakah Cero pada musim ke-3 ini.

5. Pengakhiran Musim 3



Ramai telah menganggap bahawa episod 13 ini adalah episod terakhir Ejen Ali Musim ke-3 kerana musim-musim sebelum ini juga hanya memiliki 13 episod. Episod 12 menunjukkan bahawa Cinco akhirnya berjaya mengaktifkan mainframe dengan mendapatkan ketiga-tiga kunci iaitu Ejen Dayang, Ejen Ganz dan Dato Hisham. Mainframe merupakan jantung Cyberaya iaitu sebuah sistem induk termaju untuk semua sistem yang terdapat di Cyberaya.


Jadi, adakah akhirnya cinco berjaya mengakses mainframe? Atau ejen-ejen muda berjaya menghalang Cinco?


Jika anda perasan di episod 9: Misi Hibrid, Ejen Dayang ada memberikan arahan agar Ejen Ganz meneruskan semua persediaan. Apakah persediaan yang dimaksudkan tersebut? Bersama kita nantikan…


Oh ye terlupa pula, mungkin juga akan ada comeback geng mamak maju sebagai penyelamat keadaan.


Sekian, jumpa lagi.

Sumber: Wau Animation


Catat Ulasan

0 Ulasan

close