Militer terkuat di dunia 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Artikel kali ini kami akan kongsikan 10 negara dengan ketenteraan terkuat di dunia pada tahun 2022 berdasarkan Global Fire Power (GFP).


10. Brazil

Dengan indeks kuasa 0.1695. Brazil memiliki anggaran sejumlah 2 juta 100 ribu anggota tentera.  Brazil juga memiliki 3,157 aset darat, 679 aset udara dan 112 aset laut.


9. Pakistan

Dengan indeks kuasa 0.1572 ini memiliki anggaran sejumlah 1 juta 640 ribu anggota tentera.  Pakistan juga memiliki 15 ribu 231 ribu aset darat, 1 ribu 387 aset udara dan 114 aset laut.



8. United Kingdom

memiliki anggaran sejumlah 231 ribu anggota tentera dengan  5 ribu 501 aset darat, 693 tentera udara dan 75 aset tentera laut. Negara ini mendapat indeks kuasa 0.1382.



7. Perancis

Negara ini mendapat indeks kuasa 0.1283 dengan anggaran sejumlah 415 ribu anggota tentera 7 ribu 191 aset darat, 1 ribu 55 aset udara dan 180 aset laut



6. Korea Selatan

Negara ini memiliki anggaran sejumlah 1 juta 130 ribu anggota tentera dengan 24 ribu 82 aset darat, 1 ribu 595 aset udara dan 234 aset laut. Korea Selatan mencatatkan Indeks kuasa 0.1261.



5. Jepun

dengan indeks kuasa 0.1195 yang memiliki anggaran sejumlah 309 ribu anggota pertahanan bukan ofensif. Jepun memiliki 7 ribu 297 aset darat, 1 ribu 449 aset udara dan 155 aset laut.



4. India

dengan anggaran sejumlah 5 juta 132 ribu anggota tentera, 21 ribu 363 aset darat, 1 ribu 182 aset udara dan 295 aset laut. India yang juga memiliki 156 senjata nuklear mendapat indeks kuasa 0.0979.



3. China

dengan indeks kuasa 0.0511. Negara ini mempunyai anggaran sejumlah 3 juta 134 ribu anggota tentera dengan 49 ribu 234 aset darat, 3 ribu 285 dan 777 aset laut dan 350 senjata nuklear. China membelanjakan 250 billion 240 juta Dolar Amerika Syarikat.



2. Rusia.

Negara yang berada dalam krisis perang bersama Ukraine ini mencatatkan indeks kuasa 0.0501. Rusia juga memiliki anggaran sejumlah 1 juta 350 ribu anggota tentera, 60 ribu 78 aset darat, 4 ribu 173 aset udara, 605 aset laut and 6 ribu 257 senjata nuklear terbanyak di dunia. Rusia membelanjakan 154 billion dolar Amerika Syarikat.



1. Amerika Syarikat

dengan indeks kuasa 0.0453. Negara ‘Uncle Sam’ ini mempunyai anggaran 1 juta 832 ribu anggota tentera dengan 56 ribu 8 aset darat, 13 ribu 247 aset udara dan 484 aset udara. Negara yang mempunyai 5 ribu 550 senjata nuklear ini membelanjakan 250 billion 240 juta Dalar Amerika Syarikat untuk ketenteraannya.



Bagaimana pula dengan negara kita? Malaysia berada di tangga yang ke-48 manakala negara serumpun kita Indonesia berada di tangga yang ke-15 di dunia. Namun, yang pasti peperangan hanya akan membawa kepada kerugian. Sekian, jumpa lagi.



sumber :


Catat Ulasan

0 Ulasan

close