Di sebalik Mechamato Movie - Korang wajib tengok!

 Hi korang!

Siapa dah tengok Mechamato Movie? Ha… ramai lagi tak tengokkan? Dah alang-alang cuti sekolah ni korang kena tengok tau. Tak perlu tengok siri Amato terlebih dahulu pun takpe sebab movie ini merupakan permulaan sebelum siri. Jadi terbalik sebab Mechamato Movie tertangguh selama 2 tahun kerana Pandemik.


Jadi, artikel kali ni kami nak kongsikan 5 perkara menarik di sebalik Mechamato Movie. Jom mulakan! Okay jom mulakan!



1. Di sebalik nama Amato.


Sebelum ini kita menyangka bahawa nama Amato seakan-akan Jepun, sebaliknya nama Amato pada asalnya adalah Amat. Menjadi Amato disebabkan Amato suka sangat order air koko-o, teh-o, kopi-o, semua kena ada O. Dalam 10 minit pertama juga kita dapat melihat bahawa projek inovasi Amato dan Pian iaitu Kokoway 3000 yang dapat menghasilkan air Koko-O lemon.


Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pengarah Mechamato Movie iaitu Nizam Abd Razak dalam halaman Facebooknya. Ternyata nama Amat tersangat berkait dengan budaya kita. Tapi kan, Amato lagi hensem dari Boboiboy. Jangan marah ye fans Boboiboy…




2. Asal usul Mechabot


Berdasarkan trailer dan video 10 minit pertama Mechamato Movie, terdapat sebuah kapal angkasa lepas terhempas ke bumi di sebuah hutan berdekatan kawasan tempat tinggal Amato, disebabkan serangan Grakakus iaitu pemburu sfera kuasa. Kapal angkasa tersebut merupakan penjara yang membawa Mechabot dan beberapa robot lain.


Sebenarnya Mechabot telah memiliki tuan lain sebelum Amato. Nak tahu siapa tuan lama Mechabot? Haa… tu kena tengok kat pawagam. Tapi boleh dikatakan kisah Mechabot agak menyedihkan.




3. Budaya Malaysia


Membawa dan memperkenalkan budaya kita ke negara luar bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, pasukan produksi Mechamato Movie iaitu Animonsta Studios telah membuktikan mereka berjaya membawa elemen budaya Malaysia. Ini termasuklah Kota Hilir yang diinspirasikan dari tempat-tempat di kota bersejarah Melaka dan kepelbagaian kaum. 





Sungguhpun filem ini mengetengahkan Power Sphera Universe yang moden dan berteknologi, namun terdapat elemen tradisional dan budaya kita seperti silat, senjata Keris, reka bentuk bangunan Dekstar dan kapal angkasa Congkak. Terdapat juga nilai Islam seperti ucapan Assalamualaikum dan ketika Maskmana mengucapkan bismillah sebelum berlawan dengan Grakakus. Semoga perkatan-perkataan ini juga disebutkan untuk versi alih suara. Hmmmm agaknya siapa Maskmana? Haa kena tengok kat pawagam juga kalau nak tahu.




4. Jalan cerita yang serius tak bosan


Walaupun takde Papa Zola dalam Mechamato Movie, elemen lawak tetap ada. Mungkin ramai yang menyangka Mechabot sebuah robot pemusnah yang jahat. Tapi sebaliknya Mechabot agak lawak dan… COMEL.

Ye, maksud saya hensem.


Secara keseluruhan cerita ini mengisahkan bagaimana Amato iaitu ayah Boboiboy menjumpai dan menjadi tuan kepada Mechabot sfera kuasa yang mempunyai kuasa mechanize. Filem ini juga menceritakan hubungan persahabatan antara Mechabot dan Amato namun diancam oleh Grakakus pengumpul sefera kuasa. Dan… di pertengahan kredit akhir, terdapat  satu babak yang menunjukkan Mechamato dan Boboiboy sedang.




5. Animasi, grafik dan audio yang gempak





Yang ni, tak payah cakap panjang lah. Grafik dan animasi memang gempak setaraf dengan animasi-animasi antarabangsa seperti Pixar, Disney, Dreamwork dan lain-lain, malah boleh dikatakan Mechamato Movie jauh lebih baik kerana tidak ada egenda tersembunyi untuk menyebarkan sesuatu yang tidak baik. Audio juga berjaya menimbulkan kesan emosi yang menakjubkan kepada penonton siap ada muzik gamelan semasa karakter berlawan. Official Soundtrack Temaniku oleh Yonnyboii pun best.



Jadi secara keseluruhannya, tak kiralah tua atau muda, korang kena tengok Mechamato Movie. Kita seharusnya menyokong dan berbangga dengan animasi tempatan kita yang kini bertaraf antarabangsa. Semoga Mechamato Movie juga menjadi fenomena seperti Ejen Ali The Movie dan Mat Kilau. Sekian terima kasih. 


Sumber:

  1. Mechamato Fandom
  2. Boboiboy Fandom
  3. Monsta





Catat Ulasan

0 Ulasan

close