BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI ASIA TENGGARA 2023

Hai korang, kini pembinaan pencakar langit semakin pesat di seluruh dunia terutamanya dan tidak terkecuali di Asia Tenggara.. Banyak negara berusaha menunjukkan mereka merupakan negara bangsa yang hebat dan maju dengan berlumba-lumba membangunkan pencakar langit yang besar dan tinggi dengan reka bentuk yang unik! Video kali ini, kami akan kongsikan 10 bangunan pencakar langit tertinggi di Asia Tenggara. Adakah negara anda tersenarai?


10. Menara Telekom, Kuala Lumpur, Malaysia.


Menara dengan ketinggian 310 meter ini memiliki 77 tingkat yang siap dibina pada tahun 2001. Kalau perasan reka bentuk bangunan ini kelihatan seperti menara Avengers.





9. King Power Mahanakhon, Bangkok, Thailand.


Bangunan pelbagai kegunaan, berketinggian 314 meter dengan 79 tingkat ini merupakan yang kedua tertinggi di Thailand.




8. Magnolias Waterfront Residences, Bangkok, Thailand.


Bangunan berketinggian 315 meter ini memiliki 70 tingkat yang merupakan bangunan tertinggi di Thailand.





7. Menara Keangnam Hanoi Landmark, Hanoi, Vietnam.


Bangunan yang siap pada tahun 2012 ini memiliki 72 tingkat dengan ketinggian 329 meter yang berfungsi sebagai hotel, kediaman dan pejabat.





6. Four Seasons Place, Kuala Lumpur, Malaysia.


Bangunan keempat tertinggi di Malaysia ini telah siap dibina pada tahun 2018 dan memiliki 75 tingkat dengan ketinggian 343 meter yang berfungsi sebagai hotel dan kediaman.




5. Menara Autograph, Jakarta, Indonesia.


Negara serumpun kita ini juga memiliki bangunan pencakar langit yang tinggi dengan ketinggian 383 meter dan memiliki 75 tingkat. Bangunan yang berfungsi sebagai hotel dan pejabat ini siap dibina pada 2022 dan merupakan yang tertinggi di Indonesia.





4. The Exchange 106, Kuala Lumpur, Malaysia.


Pencakar langit yang dibangunkan dengan ketinggian 445 meter dan memiliki 106 tingkat. Bangunan yang berfungsi sebagai ruang pejabat ini telah siap dibina pada tahun 2019 dan mendapat pengiktirafan emas untuk indeks bangunan hijau.




3. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia.


Menara Berkembar Petronas telah siap dibina pada tahun 1998 dengan ketinggian 451 meter yang memiliki 88 tingkat. Sehingga sekarang, bangunan ini masih memegang bagunan berkembar tertinggi di dunia dan memiliki jejantas tertinggi di dunia.




2. Landmark 81, Ho Chi Minh, Vietnam.


Bangunan ini mula dibina pada tahun 2015 dan siap pada tahun 2018 dengan ketinggian 461 meter dan memiliki 81 tingkat. Bangunan pencakar langit tertinggi di Vietnam ini berfungsi sebagai hotel dan kediaman. Bangunan ini juga menduduki di tangga yang ke-10 di Asia dan ke-15 di dunia.




1. Merdeka PNB 118, Kuala Lumpur, Malaysia.


Pencakar langit yang mula dibina pada 2014 ini mempunyai 118 tingkat setinggi 678.9 meter yang dijangka siap pada tahun 2022. Pencakar langit yang dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad ini juga akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Timur dan yang kedua di dunia. 



Apa-apapun, selain daripada berbangga,  kita seharusnya menghargai kemerdekaan yang ada pada hari ini selaras dengan nama bangunan ini, dan reka bentuknya yang diinspirasikan daripada Tunku Abdul Rahman berdiri sambil melaungkan.



sumber:

  1. www.ctbuh.org

Catat Ulasan

0 Ulasan

close