Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh - Saintis


Gambar: © Paul Morley/Fotolia

WASHINGTON - Bumi bakal menjadi tidak stabil kerana jarak bulan yang kini berada semakin jauh dari planet Bumi. Oleh itu, saintis-saintis telah menyuarakan kebimbangan berkenaan perkara tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Walaupun fenomena itu merupakan sesuatu yang normal, para saintis percaya bahawa Bumi akan ditinggalkan bulan kelak buat selama-lamanya. 

Berdasarkan jurnal Earth, Planets and Space, keadaan itu akan mengakibatkan kekacauan dalam setiap aspek kehidupan manusia disebabkan putaran graviti Bumi dan bulan memberi kesan kepada matahari, laut, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Beberapa pakar lain juga memberi amaran bahawa bulan boleh berada pada jarak yang semakin hampir dengan Bumi. Perkara tersebut dipercayai boleh menyebabkan bulan dimusnahkan oleh graviti.

Walau bagaimanapun, masih tiada sesiapa yang boleh menjangkakan bila perkara tersebut akan berlaku. – Agensi

Sumber: Kosmo






Catat Ulasan

0 Ulasan

close