Boboiboy dan Mechamato, Ini Persamaan Mereka!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artikel kali ini kami akan kongsikan persamaan yang terdapat antara Boboiboy dan Mechamato. Kedua-dua animasi Boboiboy dan Mechamato terbitan Monsta ini merupakan dari alam yang sama yang disebut sebagai Alam Semesta Sfera Kuasa atau dalam bahasa Inggerisnya Power Sphera Universe. Kedua-dua watak ini juga mempunyai kaitan kekeluargaan iaitu Amato merupakan ayah kepada Boboiboy.

1. Memiliki rambut berwarna putih

    Berdasarkan babak akhir Boboiboy The Movie lagi telah menunjukkan bahawa Boboiboy memiliki sedikit rambut berwarna putih. Berdasarkan pandangan pertama eksklusif dan trailer filem Mechamato menunjukkan bahawa Amato juga memiliki sedikit rambut berwarna putih. Video pendek Tok Aba semasa muda yang diterbitkan Monsta juga menunjukkan sebahagian rambutnya turut berwarna putih. Namun masih tidak diketahui kenapakah rambut mereka berwarna putih. 


2. Mendapat kuasa daripada sfera kuasa

    Kedua-kedua watak iaitu Boboiboy dan Amato mendapat kuasa daripada sfera kuasa yang mereka jumpai.  Boboiboy mendapat jam kuasa manipulasi elemental daripada Ochobot yang membolehkan Boboiboy memanipulasi unsur alam seperti kilat, tanah, angin, api, air dan banyak lagi. Manakala, Amato mendapat kelebihan daripada Mechabot yang mempunyai kebolehan untuk memekanais menjadi sebuah baju perisai besi dan senjata. 


3. Anggota TAPOPS

    Berdasarkan siri Boboiboy Galaksi, Boboiboy telah menjadi pasukan TAPOPS semasa Komander Kokochi melantiknya sebagai anggota prebet TAPOPS untuk menjalankan misi menyelamatkan sfera kuasa di alam semesta. Amato juga merupakan anggota TAPOPS. Namun tidak diketahui apakah jawatannya dan bagaimanakah Amato boleh menyertai pasukan TAPOPS. Adakah Amato sebagai seorang laksamana sama seperti Maskmana?


    Nampaknya banyak pula persoalan yang timbul. Pada asalnya Monsta ingin menayangkan Mechamato The Movie pada akhir tahun 2020 namun ditangguhkan ke tahun 2021 dan ditangguhkan sekali lagi disebabkan masalah pandemik yang melanda negara. Bulan lepas, Monsta telah mengemas kini media sosialnya dengan menyatakan bahawa mereka akan menayangkan siri animasi Mechamato terlebih dahulu pada tahun ini di saluran Cartoon Network. Bersama kita nantikan siri animasi Mechamato. Nampaknya kena langgan Astro dululah kali ni. 

Sekian, jumpa lagi.


Rujukan:

Monsta
Fandom: Boboiboy
Fandom: Mechamato


Catat Ulasan

0 Ulasan

close