Labuan? Kenapa Masih Ramai Tidak Kenal Pulau/Wilayah Ini? Ini 5 Sebabnya...


   Pernahkah anda mendengar cerita pasal pulau Labuan?  Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 jam setengah penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Walaupun sudah menjadi Wilayah Persekutuan lebih 30 tahun, tetapi masih ramai rakyat Malaysia terutamanya yang berada di semanjung Malaysia tidak tahu akan status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Namun  apa sebabnya?Berikut 5 sebab berdasarkan Malaysia DuniaKu. :)

Baca juga: 5 Fakta W.P Labuan

5. Jauh Terpisah Dari 2 Wilayah Persekutuan Yang Lain

   Kedudukan W.P Labuan yang berada di Borneo (Malaysia Timur) menyebabkanya Labuan terpisah dari segi geografi dengan W.P Kuala Lumpur & W.P Putrajaya. Sebab itu kalau sebut W.P Labuan, ramai saja yang tak tahu Labuan negeri apa. Kalau dikatakan Labuan merupakan "Wilayah Persekutuan", kebanyakkan orang (terutamanya orang semenanjung Malaysia) hanya akan terfikir Kuala Lumpur & Putrajaya. Sedangkan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan Ke-2 sejak 16 April 1984 sebelum Putrajaya.

4. Saiz Labuan Yang Kecil

   Kalau ditanya, negeri apa yang paling kecil di Malaysia? pasti ramai yang menjawab negeri Perlis. Ya betul. Perlis negeri terkecil. Tapi, tahukah anda Wilayah Persekutuan adalah lebih kecil berbanding negeri Perlis walaupun digabungkan ketiga-tiga wilayah (KL, Labuan & Putrajaya).

Perlis: 810 km²
W.P Kuala Lumpur: 243.65 km²
W.P Labuan: 91 km²
W.P Putrajaya: 49 km²
Jumlah Luas Wilayah Persekutuan: 384.64 km²
Sumber rujukan: Wikipedia

   Namun, W.P Labuan bukanlah wilayah terkecil kerana W.P Putrajaya lebih kecil. 

3. Malaysia Timur Hanya Sering Disebut "Sabah & Sarawak"

   Sejak dibangku sekolah lagi sering disebut Malaysia Timur = Sabah & Sarawak. Labuan mana? tetap ada di Malaysia Timur (Borneo) tapi jarang disebut. Kalau menonton televisyen sekalipun pasti perasan Malaysia Timur = Sabah & Sarawak. Betul? Maka, orang tak tahu kerana orang jarang mendengarnya.

2. Labuan Dahulunya Di Bawah Negeri Sabah

   Admin percaya, masih ramai yang mengatakan W.P Labuan merupakan sebahagian daripada Sabah. Sedangkan Labuan telah menyertai Wilayah Persekutuan sejak 1984. Dari pengalaman admin, kalau ditanya oleh rakan-rakan (terutamanya rakan-rakan dari semenanjung) asal dari mana? dan diberi jawapan Labuan. Pasti akan dibalas dengan "Ouh Sabah......" lagi teruk "Labuan? mana tu? Indonesia ke?". Tapi tak semua macam tu. ada je yang tahu Labuan tu Wilayah Persekutuan. :)

1. Kerana Masih Tidak Ada Jambatan

  Admin yakin, sekiranya Labuan mempunyai jambatan yang menghubungkan W.P Labuan ke tanah besar Sabah. Pasti jambatan itu akan menjadi mercu tanda utama Labuan sekali gus mengangkat nama Labuan ke seluruh Malaysia dan mungkin ke seantero dunia serta akan menarik lebih banyak pelancong dan pelabur. Lihat sahaja Pulau Pinang, terkenal dengan adanya jambatan. InshaAllah, jambatan Labuan akan menjadi kenyataan seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Malaysia dan akan menjadi kebanggaan rakyat W.P Labuan.

UPDATED: KAJIAN PELAKSANAAN JAMBATAN LABUAN-SABAH DITANGGUHKAN KERAJAAN BAHARU PAKATAN HARAPAN..
Teruskan bermimpi😂

Baca juga: Jambatan Labuan-Menumbok bakal menjadi kenyataan?

  Kongsikan artikel ini supaya orang luar dari Labuan mengenali Labuan. Kepada anda yang masih tidak pernah ke Labuan, marilah melawat Labuan pulau mutiara laut china selatan !! :) Santai dan tenang. Tinggalkan komen sekiranya korang ada pendapat. Jangan malu-malu

 P/s: Kajian dalam talian Malaysia DuniaKu mendapati 9 daripada 20  responden memberikan jawapan bahawa Labuan merupakan daerah Sabah. Manakala, 5 orang tidak mengetahui Labuan dan selebihnya mengetahui status Labuan sebagai  Wilayah Persekutuan. 17 responden berasal dari semenanjung dan selebihnya dari borneo.

 Nota: Artikel ini bukan bertujuan untuk menghina dan bukan juga berkaitan politik. Hanya sekadar perkongsian ilmu sesama kita rakyat Malaysia. Harap maklum.

Sumber: 
Wikipedia:-
-Labuan

Catat Ulasan

0 Ulasan

close