Jambatan Labuan-Menumbok bakal menjadi kenyataan?


LABUAN: Kajian pelaksanaan berhubung pembinaan jambatan Labuan - Menumbok di tanah besar Sabah bukan untuk menilai kesesuaiannya, sebaliknya bagi mencari kaedah terbaik demi merealisasikan projek itu, kata Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Pelancaran Kerangka Pembangunan Labuan 2030 (LDB2030), di sini, pagi tadi.

Turut dikatakan, pembinaan jambatan tersebut kelak merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Baca juga: 5 Misteri W.P Labuan

"Walaupun ada orang kata kos pembinaan jambatan Labuan-Sabah mungkin tidak begitu menguntungkan, kerajaan tidak melihat kepada pulangan saja, sebaliknya kita mahu melihat pembangunan secara keseluruhan.

"Jika pembinaan jambatan ini menjadi pemangkin perubahan Labuan, jika disebabkan jambatan ini ekonomi Labuan lebih rancak dan penduduk boleh bergerak dengan mudah dan jika ia meyakinkan pelabur, maka berbaloi untuk kita bina jambatan," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kos kajian kaedah pelaksanaan jambatan tersebut yang bernilai RM14.31 juta semasa pembentangan bajet 2018.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan sememangnya berhasrat untuk menjadikan Labuan sebagai pulau yang berdaya maju, mapan dan pintar berdasarkan pelan pembangunan yang telah menggariskan beberapa projek pembangunan utama.

Beliau juga berkata Labuan terkesan dengan kemerosotan sektor minyak & gas global yang tidak setaraf sebelum ini. Oleh itu, Labuan akan mempelbagaikan sumber ekonominya.

Sementara itu, Najib pada majlis sama turut menyerahkan surat pelantikan syarikat juru perunding yang akan melaksanakan kajian pembinaan jambatan berkenaan.

Rujukan/Sumber: SinarHarian, LabuanTimes

1 Ulasan

Taip di atas...