6 Negara dengan ketenteraan terkuat di Asia Tenggara 2021


Setiap negara di dunia memiliki pasukan ketenteraan tersendiri untuk menjaga kedaulatan negara masing-masing. Artikel kali ini kami akan kongsikan 6 negara dengan ketenteraan terkuat di Asia Tenggara pada tahun 2021. 

6. Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia  memiliki lebih kurang 110 ribu orang anggota tentera tetap dan 52 ribu orang tentera simpanan dengan jumlah keseluruhan lebih kurang 429 ribu orang tentera termasuk paramilitari. Tentera Darat di Raja Malaysia dengan lebih kurang 120 ribu anggota memiliki 48 kereta kebal, 1,380 kenderaan berperisai dan 54 pelancar roket. Manakala Tentera Laut di Raja Malaysia dan Tentera Udara di Raja Malaysia masing-masing memiliki sejumlah 61 dan 147 aset. Global Fire Power (GFP) memberikan penilaian Indeks kuasa 0.7451 iaitu di tangga yang ke-44 di dunia untuk Angkatan Tentera Malaysia.


5. Singapura

GFP memberikan penilaian indeks kuasa 0.6931 iaitu meletakkan negara kecil ini di tangga yang ke-40 di dunia. Tentera Singapura memiliki lebih kurang 1,467,500 anggota tentera yang terdiri daripada 72,500 anggota tentera aktif dan 1,385,000 orang tentera simpanan yang siap sedia untuk dikerahkan. Tentera Singapura memiliki 237 aset udara iaitu 100 daripadanya merupakan pesawat pejuang. Tentera Singapura juga memiliki 170 kereta kebal dan 3,100 kendederaan perisai serta memiliki 40 aset laut. Tentera Singapura juga dilengkapi dengan teknologi ketenteraan yang terkini dan termaju di dunia.


4. Myanmar

Negara ini sedang mengalami krisis politik iaitu berlakunya rampasan kuasa tentera Myanmar. Tentera Myanmar memiliki 515 ribu anggota tentera dengan 405 ribu anggota tentera aktif dan 110 ribu paramilitari. Tentera Myanmar memiliki 595 kereta kebal, 1,700 kenderaan berperisai, 1,869 artileri tunda dan 496 pelancar roket sebagai aset darat. Myanmar juga memiliki 287 aset udara yang sebahagian besarnya merupakan 60 pesawat pejuang dan 187 aset laut. GFP memberikan Indek Kuasa 0.6521 iaitu di tangga yang ke 38 di dunia untuk ketenteraan Myanmar.


3. Thailand


Kekuatan ketenteraan negara yang tidak pernah dijajah ini berada di tempat yang 26 di dunia iaitu dengan Indeks Kuasa 0.4427. Angkatan Tentera di Raja Thai memiliki 701 ribu anggota tentera iaitu seramai 361 ribu anggota tentera aktif, 200 ribu anggota simpanan dan selebihnya terdiri daripada paramilitari. Tentera darat Thailand memiliki 840 buah kereta kebal dan 2,500 kenderaan berperisai. Tentera udara Thailand pula memiliki 587 buah aset udara yang terdiri daripada 75 pesawat pejuang dan 50 pesawat pengangkutan manakala tentera laut Thailand memiliki 292 aset laut.


2. Vietnam

Negara Komunis ini mendapat penilaian 0.4189 indeks kuasa daripada GFP. Vietnam memiliki anggota tentera yang ramai iaitu sekitar 5,522,500 orang yang terdiri 482,500 tentera aktif dan 5 juta tentera paramilitari. Tentera Vietnam memiliki sebilangan besar kereta kebal sebanyak 2,155 buah, 5,500 kenderaan perisai dan 810 pelancar roket. Vietnam juga memiliki 247 buah aset udara yang terdiri daripada 75 pesawat pejuang dan 65 aset laut. Vietnam telah membelanjakan lebih kurang 6 Billion Dolar Amerika Syarikat dalam memperkuat ketenteraan mereka.


1. Indonesia

Ketenteraan negara serumpun kita ini berada di tempat ke-16 di dunia dengan indeks kuasa 0.2684. Tentera Nasional Indonesia (TNI) terdiri daripada lebih kurang sejuta anggota iaitu 400 ribu anggota tentera aktif, 400 ribu anggota tentera simpanan dan 280 orang paramilitari. TNI Angkatan Darat memiliki 332 kereta kebal, 1,430 kenderaan beperisai dan 366 artileri tunda. TNI Angkatan Udara pula memiliki sejumlah 458 aset udara yang terdiri daripada 41 buah pesawat pejuang dan TNI Angkatan Laut memiliki 282  aset laut. Indonesia telah membelanjakan sekitar 9 Billion Dolar Amerika Syarikat untuk memperkuat ketenteraan mereka.

 setiap negara berlumba-lumba untuk memperkuatkan kententeraan dan pertahanan negara masing-masing, kita masih belum menang menentang musuh seni yang menyerang kita secara global. Namun, bagaimana pula dengan Panji Hitam dari Timur? 


Sumber: 
Global Fire Power
Kompas


Catat Ulasan

1 Ulasan

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)

close