Tahukah Anda Maksud & Perbezaan Kosa Kata Tiru, Jiplak/Ciplak, Plagiat?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Artikel kali ini dilihat kurang penting dalam kehidupan seharian kita. "Tiru", "Jiplak/Ciplak" dan "Plagiat" merupakan kosa kata yang sudah tidak asing bagi kita yang memahami Bahasa Melayu. Ya, ianya merupakan sesuatu yang kelihatan  remeh, tetapi hakikatnya memberikan kesan yang mendalam kepada kehidupan kita.

    Zaman ini zaman penuh dengan "peniruan", "jiplak" dan "plagiat". Kenapa? Kerana sifat manusia yang ingin mendapatkan keuntungan terutamanya dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, populariti juga menjadi sebab sehingga manusia sanggup melakukan seperti kosa kata yang menjadi tajuk utama artikel ini.

    Baiklah, tahukah anda apakah maksud ketiga-tiga kosa kata tersebut? Inilah maksudnya.

TIRU: teladan (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan; meniru 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang dll, mencontoh, mene­ladan: kanak-kanak dgn senang dapat mem-bentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang; meniru-niru mengikut-ikut (perbuatan dll orang), menyama-nyamai: pd sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu pekerjaan yg ringan, boleh mendapat dgn mendengar-dengar dan ~ sahaja; tertiru-tiru terikut-ikut: dgn ~ sikap sese­orang boleh menjadi kafir; tiruan 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil drpd usaha mem-buat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn yg asli; getah ~ getah buatan (bukan getah asli); sutera ~ sutera buatan (bukan sutera asli); tiru-tiruan suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan lubuk hati pelakon­nya sendiri dan bukan semata-mata ~; peniruan perihal (proses, perbuatan) meniru: kami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebuda-yaan mereka; peniru orang yg meniru: kita akan menjadi ~ Barat yg sentiasa taat. - Kamus Dewan Edisi Ke-4

JIPLAK: Jw; menjiplak 1. meniru atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin drpd pe­nulisnya), mencuri karangan orang lain; 2. meletakkan kertas kosong di atas gambar atau tulisan yg telah ada dan menirunya; jiplakan salinan, tiruan, kutipan, dll; penjiplakan perihal atau perbuatan men­jiplak, plagiarisme; penjiplak orang (pihak) yg menjiplak atau meniru hasil kerja orang (pihak) lain. - Kamus Dewan Edisi Ke-4

PLAGIAT:  ; memplagiat mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan menggunakan­nya sbg karyanya sendiri, menjiplak. - Kamus Dewan Edisi Ke-4

  Jadi manakah lebih baik? Tiru, jiplak atau plagiat? Secara ringkasnya, peniruan adalah sesuatu yang boleh dianggap positif dari segi beberapa sudut berdasarkan perbuatan tersebut. jiplak pula sudah pasti plagiat dan tiru. pelagiat, sudah pasti jiplak, tapi tiru tidak semestinya jiplak. Contoh menjiplak yang paling banyak dilakukan sekrang ialah cetak rompak, peniruan buku, produk, jenama termasuklah nama kumpulan WhatsApp. lebih ringkas lagi "Copy-paste"

Meniru sesuatu yang baik, tapi jangan sesekali menjiplak. -MalaysiaDuniaKu


Itu sahaja untuk artikel kali ini,. Ingat, jangan menjiplak... tiru lebih baik, tapi tirulah yang baik-baik sahaja dan jangan pula meniru hak cipta  kerana ianya adalah jiplak.

Komen, kongsi dan langgan Malaysia Duniaku :)

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kalau takot dilambung ombak,jangan buat rumah ditepi pantai

    BalasPadam
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)

close