Tips Ringkas Kerja Kursus Sejarah PT3 2016


Melihatkan tempoh yang dan singkat dan suntuk untuk kalangan para pelajar Tingkatan 2016 untuk memahamkan format peperiksaan Tingkatan 3 PT3, Berita Semasa terpanggil untuk berkongsi panduan dan tips untuk anda semua di sini. Berminat?

Ini bagi membantu anda pelajar Tingkatan 3 menyiapkan tugasan kajian kes yang diberikan dengan sehabis baik bagi membantu anda mendapatkan hasil kajian kes yang terbaik sekaligus mendapat keputusan gred terbaik bagi peperiksan Tingkatan 3 PT3 anda kali ini. Insyaallah. Amin

Sebenarnya untuk makluman anda Kerja Kursus Sejarah Pt3 contohnya, format instrumen pada asalnya adalah cukup luas meliputi pelbagai skop. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada apa pendekatan dan matlamat asal Kementerian Pendidikan Malaysia KPM bagi mengemukakan format instrumen yang akan digunapakai.

Beberapa panduan dan format perlu dipatuhi bagi memastikan rencana, artikel mahupun karangan anda mengikut dan mematuhi apa yang telah digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

>Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016<

i) Objektif kajian kes
  • Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
  • Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
  • Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
  • Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(ii) Menetapkan kaedah kajian kes
  • Membaca akhbar tempatan
  • Merujuk buku teks atau rujukan
  • Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan
(iii) Menetapkan tajuk kerja kursus sejarah pt3
(iv) Menyediakan kerangka kasar penulisan.
Contoh format seperti di bawah ini :
  • Tajuk rencana
  • Nama penulis
  • Isi kandungan
  • Pengenalan isu perpaduan secara umum
  • Kepentingan perpaduan kaum
  • Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
  • Cabaran mengekalkan perpaduan kaum
  • Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia
  • Membuat rumusan
  • Meletakkan rujukan
Panduan Kerja Kursus Sejarah Pt3 : Format Tugasan
  • Karangan, rencana dan artikel yang anda hasilkan berdasarkan tugasan kajian kes yang diberikan mestilah 300 patah perkataan sahaja (andaikata terlebih seidkit masih lagi dibenarkan)
  • Pastikan tugasan kajian kes sejarah PT3 ini ditulis sendiri oleh pelajar selama tempoh pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam kelas. Sama sekali tidak dibenarkan tugasan sejarah pt3 yang diberikan dibawa balik ke rumah anda yang mana guru dan cikgu akan membimbing anda selama tempoh tersebut
  • Tugasan sejarah pt3 ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (tidak dibawa balik ke rumah) yang mana mesti diselesaikan dan disudahkan anda dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
  • Markah sejarah PT3 akan dimasukkan dalam laporan akhir PT3 (Peperiksaan Tingkatan 3)
  • Anda hanya perlu membuat satu tugasan sejarah pt3 sahaja
  • Tiada proses semak semula untuk tugasan kajian kes ini

Catat Ulasan

0 Ulasan

close