5 Keunikan Kampung Air Patau-Patau 1, WP Labuan


Assalamualaikum & salam sejahtera.

   Kampung Air Patau-Patau 1 merupakan antara perkampungan atas air yang terdapat di Labuan. Kampung ini berada tepat di antara kawasan bandar dan kawasan perindustrian di Labuan. Kampung ini juga merupakan kampung pelancongn yang patut anda kunjungi sekiranya anda melancong ke Wilayah Persekutuan Labuan. Berikut merupakan 5 Keunikan Kampung Air Patau-Patau 1, WP Labuan.

5. Insfrastruktur Moden

Jambatan tar dengan pemandangan Bandar & Pelabuhan Labuan
   Walaupun digelar sebagai sebuah 'kampung', Patau-Patau 1 sebenarnya telah mempunyai infrastruktur yang moden. Kampung ini dilengkapi jambatan konkrit berpagar bagi menghubungkan setiap rumah yang panjangnya mencecah 2.5 KM. Bukan itu sahaja, jambatan konkrit ini juga dalam proses dinaiktaraf menjadi jambatan tar.
Tempat letak kereta
    Selain daripada jambatan, kampung ini juga dilengkapi dengan, tempat parkir, gelanggang futsal, jeti, tandas dengan saluran kumbahan menggunakan sistem vacum bagi setiap rumah, lampu jambatan, bekalan elektrik dan air melalui bawah jambatan. Kampung ini juga disediakan pekerja untuk mengutip sampah di setiap rumah pada setiap pagi.

4. Sejarah


Patau-Patau 1 sekitar tahun 1960-an

    Kampung Air Patau-Patau 1 dipercayai telah wujud sejak awal abad ke-19 lagi sekali gus menjadikan kampung ini antara kampung yang terawal di Labuan. Ketika itu Labuan masih lagi di bawah penguasaan Brunei. Penduduk kampung ini juga berasal daripada Brunei yang telah berhijrah ke Labuan.
Patau-Patau 1 sekitar tahun 1980an
   Kampung Patau-Patau 1 juga pernah dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Namun demikian, penduduk kampung telah membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei.

3. Budaya (Demografi)


    Budaya Kampung Air Patau-Patau 1 dipengaruhi oleh sejarah tertubuhnya kampung ini yang majoritinya merupakan Melayu Brunei. Kampung ini mengamalkan budaya Melayu Brunei. Penduduk yang telah mencecah 2 ribu lebih di kampung ini juga merupakan majoriti kaum Melayu Brunei. Penduduk kampung ini juga mesra kepada pengunjung yang yang datang.
Pertandingan lumba perahu semasa Karnival Sukan Laut Tradisional Patau-Patau 1, 31 Ogos 2019 lepas
Walaupun keadaan disekeliling telah banyak berubah, budaya kampung ini masih lagi dapat dikekalkan sehingga hari ini seperti adat perkahwinan, permainan tradisional dan bahasa seharian. Contohnya, Sukan Air Tradisional Patau-Patau 1 seperti pertandinagn berkayuh@lumba perahu dan kikik yang merupakan layang-layang tradisional kampung ini masih lagi kekal sehingga kini.

Kikik iaitu layang-layang tradisional
Penduduk kampung pada asalnya melakukan kegiatan perikanan/nelayan namun kini penduduk kampung ini telah menceburi pelbagai bidang  termasuk bidang profesional.
Lagu/muzik tradisional Melayu Brunei di Kampung Patau-Patau 1 dan Labuan
    Dari penggunaan bahasa, penduduk kampung ini menggunakan bahasa Melayu Brunei dalam pertuturan seharian. Bahasa ini juga digunakan oleh majoriti penduduk di Labuan. Ya, ramai yang sangka dialek di Labuan seperti Sabah, namun Labuan sebenarnya mempunyai dialek tersendiri iaitu Melayu Brunei.

  • Awu = ya
  • ani =i ni
  • atu = itu
  • kita = awak (digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua atau dihormati)
  • batah =l ama
  • tah = lah
  • mun = kalau
  • basar = besar

2. Makanan


Ambuyat dihidang dengan pelbagai jenis lauk
   Setiap tempat ada keunikan makananya yang tersendiri. Kampung Patau-Patau 1 juga mempunyai beberberapa makanan tradisional antaranya Kelupis, Lamban, Madu Kasirat, Pais Manis, Tumpi dan paling utama ialah Ambuyat. Ambuyat ialah hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.
Kelupis diperbuat daripada beras pulut
Selain itu kampung ini juga popular dengan makanan-makanan laut yang segar dari laut.

1. Rumah Atas Air

Reka bentuk rumah moden yang indah didirikan di atas air.
   Inilah kistimewaan utama Kampung Air Patau-Patau 1. Kebanyakan orang mendirikan rumah di atas tanah namun penduduk kampung ini mendirikan rumah di atas air. Kampung yang didirikan di atas air ini kelihatan seperti patau/pelampung pukat yang terapung apabila dilihat dari jauh. Sebab itulah kampung ini dinamakan Patau-Patau. Nombor 1 di akhir nama pula adalah untuk membezakan Kampung Patau-Patau 2 yang hanya terletak tidak jauh dari Kampung Patau-Patau 1. Antara sebab penduduk kampung mendirikan rumah di atas air adalah kerana dahulunya penduduk di kampung ini merupakan nelayan.
Pelampung Pukat @ Patau
   Rumah yang didirikan di kampung ini bukan rumah-rumah kecil tapi rumah yang bersaiz besar dengan reka bentuk yang menarik. Bukan itu sahaja, di dalam rumah ini juga penuh dengan perabot-perabot yang cantik. Jangan pulak anda keliru bahawa rumah tersebut di atas darat sebaliknya didirkan di atas air.
Pemandangan dari atas Kampung Air Patau-Patau 1

    Walaupun rumah-rumah ini didirikan di atas air namun strukturnya kukuh dan anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan mengalami mabuk laut. Ada rumah-rumah di kampung ini juga telah dibina lebih 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang. Dari kampung ini juga anda dapat menikmati pemandangan bandar dan pelabuhan Labuan yang sungguh indah.

    Sebenarnya terdapat lagi banyak lagi keunikan di kampung ini namun admin hanya senaraikan 5 yang utama. Untuk mengetahui keunikan sebenar Kampung Air Patau-Patau 1, marilah berkunjung ke Labuan dan lawati sekali kampung ini. #VisitLabuan #VM2020 #VisitPatauPatau1

P/s: Hazwan Bakri yang merupakan pemain bola Harimau Malaya juga berasal dari kampung ini. Pengasas No Next juga merupakan anak kelahiran kampung ini dan laman web ini juga diasaskan oleh seorang anak muda di kampung ini. hehe...

Sumber Rujukan:
Kajian Sejarah Labuan 1800-1984
Profil Kampung Patau-Patau 1 (2017)
Perbadanan Labuan
Wikipedia

0 Ulasan

Taip di atas...