Pluviophile : Sang Pencinta Hujan

Sumber : https://google.com


            Pada waktu itu, cuaca seakan mendung, dan kemudian hujan pun mula turun. Anda merasakan bahawa dunia sangat indah, ditemani melodi hujan yang sememangnya mengasyikkan. Ditambah cuaca mendung yang seakan-akan memberi perasaan nostalgik dan tenang. Setiap kali cuaca mendung, anda mengharapkan ia akan hujan.

Pernahkah anda merasakan sedemikian ? Jika pernah, anda mungkin salah seorang pencinta hujan atau lebih dikenali sebagai Pluviofilia.

               Dalam bahasa Yunani, "pluvio" berasal dari "pluvial" yang bermaksud "dari hujan atau relatif kepadanya". Hujan sememangnya merupakan antara cuaca yang paling digemari oleh semua, dan begitu juga sebaliknya. Jangan risau, Pluviofilia tidak mendatangkan sebarang ancaman kesihatan dan tidak memerlukan rawatan. Mungkin anda kurang pasti jika anda adalah salah seorang yang menghadapi Pluviofilia.

 Usah risau, ketahui ciri-ciri Pluviofilia di sini :-


               Seterusnya, Setiap pencinta hujan merasakan bahawa ketika hujan turun, perasaan gundah gulana menjadi tenang, segala keresahan seakan jatuh seperti titisan hujan yang gugur daripada langit, segala masalah lenyap ditelan bunyi hujan yang gugur ke atas bumi. Tidak lupa akan Bau Bumi yang memberi aroma terapinya yang tersendiri menusuk ke hidung.

                Sekali lagi ditegaskan bahawa, Pluviofilia tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada kesihatan. Apabila hujan yang seterusnya turun, anda seharusnya berhenti daripada melakukan apa-apa perkara dan menikmati saat tersebut. Bancuh segelas minuman panas, buka langsir dan pandanglah ke luar jendela. Perhatikan setiap titisan yang jatuh ke atas bumi dan abadikan saat itu di dalam minda anda.

Kerana siapa tahu, mungkin suatu hari hujan akan berhenti dan tidak akan turun lagi ?

0 Ulasan

Taip di atas...