Inilah 4 Kampung Air Tradisional WP Labuan

   Labuan merupakan Wilayah Persekutuan Malaysia yang Ke-2 dan dikenali sebagai Pusat Kewangan Luar Pantai. Apa yang menariknya Labuan yang merupakan sebuah pulau ini memiliki 4 buah kampung tradisional yang didirikan di atas air.
Budaya Melayu Brunei
4 Kampung ini didiami oleh kaum Melayu Brunei yang pada asalnya berhijrah dari Brunei sejak awal abad ke 19 lagi iaitu semasa pemerintahan Sultan Ali Omar Saifuddin II. Keempat-empat perkampungan air ini berkongsi budaya yang sama iaitu budaya Melayu Brunei, makan ambuyat hehe.  Kini, penemempatan di atas air ini menjadi antara tarikan utama para pelancong yang berkunjung ke Labuan. Berikut merupakan 4 buah kampung air tradisional di Labuan.
Ambuyat dan lauk tradisi Melayu Brunei


4. Kampung Rancha-Rancha Laut

Kampung Rancha-Rancha Laut
   Kampung ini merupakan perkampungan air terkecil di Labuan berbanding 3 kampung air yang lain. Nama 'Rancha-Rancha' dikatakan berasal daripada nama ulam Rancha-Rancha atau di tempat lain lebih dekenali sebagai ulam Raja. Perkataan 'Laut' bertujuan untuk membezakan Rancha-Ranca Laut dan Darat.
Ulam Rancha-Rancha @ Ulam Raja.
Menariknya kampung ini masih kekal dengan tradisi dan budayanya walaupun telah dikelilingi dengan kawasan perindustrian. Kampung ini juga terletak tidak jauh dari Kampung Air Patau-Patau.
Peta Kampung Rancha-Rancha Laut



3. Kampung Bebuloh Laut

Kampung Bebuloh Laut
   Kampung Bebuloh Laut pula terletak jauh dari 3 perkampungan air yang lain atau 11 KM daripada pusat bandar. Asal usul nama 'Bebuloh' dikatakan diambil dari perkataan buluh. Hal ini disebabkan pada asalnya kawasan Bebuloh Laut memiliki banyak pokok buluh.
Buluh
Sama seperti Rancha-Rancha Laut, perkataan 'Laut' bertujuan untuk membezakan dengan Bebuloh Darat. Oh ya, di kampung ini terdapat rumah bertingkat yang didirikan di atas air!
Peta Kampung Bebuloh Laut


2. Kampung Patau-Patau 2

Kampung Patau-Patau 2
   Kampung Patau-Patau 2 terletak di teluk selatan Labuan iaitu tidak jauh dengan pusat Bandar Labuan dan kawasan perindustrian Labuan.
Patau @ Pelampung Pukat
Nama kampung ini berasal daripada perkataan 'Patau' yang membawa maksud pelampung pukat. Hal ini disebabkan, jika di lihat kampung ini dari laut kelihatan rumah-rumah di kampung ini terapung seperti pelampung pukat. Kampung ini juga terkenal dengan homestay di atas air dan sering dikunjungi oleh para pelancong.
Peta Kampung Patau-Patau 2


1. Kampung Patau-Patau 1

Baca Juga: Istimewanya Kampung Air Patau-Patau 1 WP Labuan
Kampung Patau-Patau 1
   Kampung Patau-Patau 1 pula hanya terletak bersebelahan dengan Kampung Patau-Patau 2 dan bekongsi asal usul nama kampung yang sama. Namun, istimewanya kampung ini adalah dari segi infrastrukturnya iaitu mempunyai jambatan konkrit yang tersedia dengan lampu jambatan dan pili kebakaran serta saluran air, kumbahan, elektrik dan komunikasi yang terletak di bawah jambatan.
Peta Kampung Patau-Patau 1
Kampung air ini merupakan perkampungan air tradisional yang terbesar di Labuan iaitu seluas lebih kurang 130000m² dan dikatakan perkampungan terawal di Labuan yang telah wujud sejak tahun 1800 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ali Omar Safuddin II, Sultan Brunei Ke-23. Apabila anda berkunjung ke kampung ini, anda berpeluang melihat pemandangan bandar Labuan yang indah!
Pemandangan Bandar Labuan dari Kampung patau-Patau 1

   Marilah beramai-ramai memeriahkan Karnival Sukan Air Tradisional Patau-Patau 1 pada 31 Ogos 2019. Lihat dan rasai sendiri budaya perkampungan air Melayu Brunei! #VisitLabuan
[Lebih Lanjut]


P/s: Siapa nak jumpa admin datanglah ke karnival sukan tradisional ini nanti.

0 Ulasan

Taip di atas...