Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018
![]() |
Gerhana Bulan Penuh |
![]() |
Sumber: ANGKASA Malaysia |
Antara negara lain yang turuk dapat menyaksikan fenomena ini ialah Amerika Syarikat, Timur Laut Eropah, Russia, Asia (termasuk Malaysia), Lautan Hindi, Pasifik dan Australia.
Gerhana di Malaysia (Waktu Malaysia: Kuala Lumpur) akan bermula pada jam 7:45 malam, mencapai kemuncak (maksima) pada 9:30 malam dan berakhir pada jam 11:11 malam.
Kenampakan Gerhana Bulan Penuh
Tempoh keseluruhan gerhana : 4 jam 50 minit 36 saat
Tempoh fasa penuh :1 jam 16 minit 4 saat
Fasa penumbral bermula : Bulan masih di bawah ufuk
Bulan terbit : 31 Jan 2018, 19:17:53
Fasa separa bermula: 31 Jan 2018, 19:48:27
Fasa penuh bermula : 31 Jan 2018, 20:51:47
Kemuncak (maksimum) : 31 Jan 2018, 21:29:51
Fasa penuh berakhir : 31 Jan 2018, 22:07:51
Fasa separa berakhir : 31 Jan 2018, 23:11:11
Fasa penumbra berakhir :1 Feb 2018, 00:08:29
Di samping menghasilkan fenomena gerhana bulan penuh, Bulan penuh kali kedua yang berlaku pada 31 Januari 2018 jam 9:27 malam ini juga dikenali sebagai ‘Blue Moon’ (Bulan Penuh kali kedua yang berlaku dalam bulan yang sama). Ia juga merupakan ‘Supermoon’ kali kedua dan terakhir bagi tahun 2018.
Adakah bulan menjadi biru seperti yang dikatkan "Blue Moon"? tidak akan nampak berwarna biru. Blue Moon atau Bulan Biru hanyalah istilah untuk menyebut Bulan purnama kedua yang terjadi pada satu bulan kalender masehi
"Supermoon" pula ialah saiz bulan akan kelihatan lebih besar dari saiz biasa kerana jaraknya antara bumi adalah paling dekat. Ini juga dikebali sebagai Moon Perigee
Selepas ini, kita di Malaysia dan Asia Tenggara akan dapat menyaksikan Gerhana Bulan Penuh seterusnya pada 28 Julai 2018.
Sumber/Rujukan: Angkasa Malaysia, Falak Online
1 Ulasan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam