Istimewanya Kampung Air Patau-Patau 1, Labuan
![]() | |
|
Patau-Patau atau lebih dikenali sebagai Kampung Air Patau-Patau yang merupakan sebuah perkampungan nelayan di pulau Labuan yang merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia di luar pantai Borneo Malaysia, Kampung ini didiami oleh keturunan Melayu Brunei yang menetap sejak 1930-an. Namun ada juga yang mengatakan kampung ini telah wujud sejak abad ke-19 iaitu 1836 semasa Labuan mendapat nama "Labuhan" sewaktu pemerintahan Sultan Ali Saifuddin II, Sultan Brunei. Patau-Patau telah dimusnahkan disebabkan oleh pengeboman semasa Perang Dunia II tetapi telah dibina semula selepas itu. Rumah-rumah kampung yang dibina mengikut tradisi nenek moyang terdahulu di atas air menggunakan tiang dan dibina di kawasan teluk, dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki kayu atau konkrit. Kini penduduk kampung ini bukan sahaja terdiri daripada nelayan. Kini banyak yang telah berjaya menceburi diri dalam dunia perniagaan dan bekerja dalam sektor-sektor lain sehingga ke tahap profesional. Kampung ini juga boleh dikatakan kampung air moden.
![]() |
Patau |
![]() |
Patau-Patau 1, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia |
Selain memancing dan aktiviti pelancongan umum, kampung ini menjalankan program homestay. Dipercayai juga kampung-kampung air ni merupakan penempatan terawal di Labuan.
Baiklah, Berikut merupakan keistimewaan Kampung Air Patau-Patau 1.
1. Rumah Atas Air
![]() |
Rumah dengan hiasan dan bunga |
![]() |
Surau dan balai raya |
. Surau dan Balai Raya juga berdiri di atas air. Rumah atas air ini juga dipercayai sebagai asal usul nama "Patau" iaitu pelampung pukat/jala yang merupakan sebuah alat penangkapan ikan. Kenapa Patau? sebab apabila dilihat dari jauh kampung ini kelihatan seperti "Patau" yang terapung diatas air. Sedikit tambahan, walaupun rumah di atas air, kebanyakkan rumah-rumah di kampung ini dihiasi dengan tanaman bunga yang cantik.
![]() |
Dihiasi dengan bunga-bunga |
Antara sebab penduduk mendirikan rumah di atas air adalah kerana dahulunya penduduk di kampung ini merupakan nelayan. Mendirikan rumah di atas air memudahkan penduduk kampung untuk bergiat dalam bidang perikanan.
2. Jambatan Konkrit
Kampung air mestilah ada jambatan sebagai penghubung dan laluan penduduk kampung. Namun kampung Patau-Patau 1 menggunakan jambatan konkrit sebagai kemudahan untuk berhubung yang tidak terdapat pada kampung-kampung air lain di Labuan. Jambatan ini juga tersedia dengan lampu jambatan untuk menerangi jambatan pada waktu malam.
Jambatan konkrit ini juga mampu menampung motosikal. Saluran najis, bekalan elektrik dan air disambungkan dan diletakan di bawah dan tepi jambatan. Kampung ini juga mepunyai pili air untuk kebakaran. Sangat unik!
![]() |
Pada waktu malam |
Jambatan konkrit ini juga mampu menampung motosikal. Saluran najis, bekalan elektrik dan air disambungkan dan diletakan di bawah dan tepi jambatan. Kampung ini juga mepunyai pili air untuk kebakaran. Sangat unik!
![]() |
Motosikal digunakan di jambatan [Sumber] |
3. Penduduk Kampung Seperti 1 Keluarga
![]() |
Orang kampung di balai raya |
Penduduk kampung ini bukan sahaja mesra dan peramah tapi mereka mengenali antara 1 sama lain seperti 1 keluarga yang besar. Ini dapat dibuktikan apabila adanya majlis-majlis seperti majlis kenduri, majlis rasmi, majlis perkahwinan dan lain-lain diadakan, semua penduduk kampung akan datang ke rumah atau tempat majlis tersebut. Penduduk kampung yang ceria dan peramah juga membuatkan kampung ini sangat harmoni. Pada waktu petang anda akan melihat generasi muda kampung ini akan bermain layang-layang atau BERBASIKAL di jambatan! macam tak terbayang kan? haha... Penduduk kampung ini juga menerima kehadiran pelancong dengan baik.
4. Kemudahan Tandas dan Pembuangan Sampah
Kalau ada rumah mesti ada tandas, tentu para pembaca berfikir bagaimana cara pengurusan najis dan smpah dibuang di sebuah kampung air. Kampung Patau-Patau 1 sebenarnya telah disediakan tandas dan saluran najis supaya penduduk tidak membuang najis terus ke air. Bagi pembuangan sampah pula, setiap rumah telah diberikan sebuah tong sampah. Setiap pagi akan ada pekerja yang akan membuang sampah tersebut ke tempat pembuangan sampah kampung. Maknanya, kampung ini boleh dikatakan sangat bersih.
5. Semangat Kesukanan
Jika anda orang Labuan, saya pasti anda tahu pasukan bola sepak Patau-Patau 1 iaitu PAT UNITED yang merupakan antara pasukan bola sepak terbaik Labuan. Bukan itu sahaja, Kampung Patau-Patau 1 juga aktif menyertai aktiviti air seperti tarik tali berperahu yang sering diadakan semasa Cabaran Sukan Air Antarabangsa Labuan pada setiap tahuan.
Ingin saya katakan Patau-Patau 1 bukan sebuah kampung biasa. Penduduk kampung beramai-ramai akan menyokong pasukan kampung yang bertanding. Kelihatan sangat bersemangat. Hazwan Bakri yang merupakan Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Berharga negara juga merupakan anak kelahiran Kampung Patau-Patau 1.
![]() |
Ultras Pat United |
Ingin saya katakan Patau-Patau 1 bukan sebuah kampung biasa. Penduduk kampung beramai-ramai akan menyokong pasukan kampung yang bertanding. Kelihatan sangat bersemangat. Hazwan Bakri yang merupakan Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Berharga negara juga merupakan anak kelahiran Kampung Patau-Patau 1.
6. Budaya (Demografi)
Dalam kepesatan pembangunan sekeliling, kampung ini yang majoritinya merupakan Melayu Brunei masih berjaya mengekalkan budayanya iaitu budaya Melayu Brunei. Budaya adalah imej sesebuah bangsa. Budaya Melayu Brunei dapat kita lihat apabila penduduk kampung mengadakan majlis perkahwinan. Permainan tradisional Kampung ini juga tidak terus hilang kerana JKKK Kampung Patau-Patau akan mengadakan aktiviti seperti pertandingan layang-layang atau penduduk kampung memanggilnya "kikik" yang sering dimain oleh generasi muda kampung ini. Keadaan kampung ini sangat sesuai untuk bermain layang-layang kerana tidak ada gangguan daripada kabel elektrik kerana semuanya diletakkan dibawah jambatan dan bukannya menggunakan tiang elektrik. Terkhir, pada hujung minggu atau semasa majlis perkahwinan penduduk kampung gemar berkarokae. Jangan risau jiran- jiran tidak akan marah. Makanan tradisional kampung pula ialah ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.
7. Kedudukan Kampung
![]() |
Panorama Bandar Labuan dari Kampung Patau-Patau 1 |
Kampung Patau-Patau 1 terletak betul-betul dihadapan Bandar Labuan cuma hanya dipisahkan air. Jadi dari Kampung Patau-Patau 1 kita akan dapat melihat keindahan Bandar Labuan dan pelabuhan Labuan. Penduduk Kampung juga boleh menggunkan bot penambang (taxi boat) sebagai pengangkutan ke bandar dengan harga RM1. Kampung ini juga dihubungkan dengan jalan darat sama ada menggunakan kereta atau bas mini dengan harga RM1. Murah bukan?
Kampung ini juga terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian di Pulau Enoe Labuan iaitu di selatan Labuan. Walaupun ditengah-tengah kawasan yang membangun, kampung ini masih berjaya mengekalkan budayanya yang unik. Di kampung ini anda juga dapat mandi manda sambil menikmati pemandangan Bandar Labuan.
![]() |
Jeti untu menunggu bot penambang |
8. Kemudahan & Tempat Letak Kereta
![]() |
Kawasan tempat letak kereta |
Penduduk kampung bukan sahaja memiliki bot atau sampan tapi penduduk kampung juga memiliki kereta. Kereta-kereta akan di parkirkan di daratan. Senang kata, kampung ini mempunyai tempat letak kereta untuk penduduk kampung memakirkan kereta mereka. Orang kampung perlu berjalan atau menunggang motosikal untuk ke tempat pakir kereta. Kemudahan lain seperi taman permain dan gelanggan futsal juga disediakan di kampung ini. Untuk anda yang ini melawat kampung ini. Kampung ini juga menyediakan Homestay. Tempat makan pula? anda tidak perlu risau untuk makan. Sebab terdapat restoran dalam kampung ini. Selain lampu jambatan dan bekalan jambatan konkrit. kemudahan sambungan TM juga boleh di akses di kampung ini walaupun di atas air.
![]() |
Bangunan dan restoran di kampung Patau-Patau 1 |
![]() |
Parigi Band |
Siapa yang tak kenal NoNext? NoNext merupakan kumpulan/komuniti perniagaan dalam talian di Facebook. Komuniti perniagaan ini merupakan antara komuniti yang mempunyai ahli yang cukup ramai dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. NoNext bukan sahaja terkenal di Labuan dan Sabah juga boleh dikatakan terkenal di seluruh Malaysia. Admin NoNext merupakan orang Kampung Patau-Patau 1.
![]() |
NoNext Komuniti Perniagaan di Facebook |
Itulah keistimewaan Kampung Air Patau-Patau 1. Sangat unik dan kampung ini mempunyai keunikan dan kekuatannya tersendiri dari segi budaya, kesukanan, ekonomi dan yang paling utama ialah sebagai kawasan pelancongan di Labuan.
JOM MELAWAT PATAU-PATAU 1, JOM MELAWAT LABUAN!
"Rasai kehidupan di atas air sambil duduk di kerusi kayu menikmati secawan kopi di waktu petang"
Komen, Share dang subcribe.. komen juga untuk cadangkan artikel kampung apa yang perlu MalaysiaDuniaKu buat selepas ini. Orang patau-Patau 1 kena komen artikel ni.. hehe bangga sikit!
P/s: Untuk pengetahuan para pembaca, Kampung Patau-Patau 1 ini adalah kampung admin. Maknanya, Keris Digital juga dari kampung Patau-Patau 1. ☺
"Rasai kehidupan di atas air sambil duduk di kerusi kayu menikmati secawan kopi di waktu petang"
Komen, Share dang subcribe.. komen juga untuk cadangkan artikel kampung apa yang perlu MalaysiaDuniaKu buat selepas ini. Orang patau-Patau 1 kena komen artikel ni.. hehe bangga sikit!
P/s: Untuk pengetahuan para pembaca, Kampung Patau-Patau 1 ini adalah kampung admin. Maknanya, Keris Digital juga dari kampung Patau-Patau 1. ☺
Rujukan:
2. Profil Kampung Patau-Patau 1 (2017)
0 Ulasan