Ejen Ali Musim 3: Misi ARENA


Assalamualaikum dan hi!


Video kali ini kami akan kongsikan beberapa perkara di sebalik trailer rasmi Ejen Ali Musim ke-3.


1. MATA Arena


Ejen Ali musim ketiga ini berkisar tentang MATA Arena iaitu sebuah pertandingan yang berprestij untuk mendapatkan seorang pemenang. Manakala ejen yang tidak mencapai mata minimum akan tersingkir daripada MATA. MATA Arena ini kelihatan seperti permainan Ejen Ali Ejen Arena. Nampaknya, Wau Animation dah lama rancang, kita je yang lalai.





2. Ejen muda dari luar negara.


Berdasarkan teaser sebelum ini juga kita telah mengetahui bahawa, terdapat beberapa ejen muda baharu dengan senjata baharu yang menjadi pesaing. Slang percakapan mereka membuktikan bahawa mereka merupakan ejen dari luar negara. Salah satu ejen muda dari teras Kombat berbahasa Indonesia dan menggunakan kerambit sebagai senjata. Korang rasa, adakah MATA mempunyai cawangan di luar negara?





3. Ali tidak menggunakan IRIS


Seperti yang kita lihat dalam pengakhiran Ejen Ali The Movie pada 2019 yang lalu, Ejen Ali telah diarahkan oleh ketua teras Tekno, iaitu Ejen Dayang untuk menyerahkan IRIS sebagai hukuman perbuatannya bersekongkol dengan Niki. Berdasarkan trailer musim ketiga, Ejen Ali menggunakan yoyo dan gasing milik Ejen Alia. Menjadi tanda tanya juga, adakah Ejen Ali akan menggunakan sut SATRIA?




4. Ejen Aliya Pernah memenangi MATA Arena


Berdasarkan Ejen Ali The Movie, Ejen Aliya juga pernah menjadi ejen terbaik MATA. Selain Ejen Aliya, terdapat juga beberapa ejen lain yang pernah memenangi pertandingan MATA Arena, iaitu Ejen Bobby, Ejen Fit, Ejen Rizwan, General Rama, Ejen Rahul dan Ejen Razman. Rupanya hebat juga pekerja mamak maju. Namun, masih takde ejen dari teras kombat yang tersenarai.




5. Rahsia Ejen Rizwan, Dos dan Quatro



Di akhir trailer Ejen Ali Musim Ketiga, kelihatan Ejen Rizwan dan Dos menceroboh kawasan yang tak diketahui. Ejen Rizwan, Dos dan Quatro iaitu Professor Akram juga berada di sebuah rumah seperti di Rumah Quatro. Apakah misi misteri yang dijalankan mereka? Adakah mereka ada kaitan dengan Neonimus yang juga masih menjadi misteri?


Nampaknya, semakin banyak tanda tanya. Jadi, bersama kita saksikan Ejen Ali Musim ketiga yang akan mula ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun 2022 ini. Kongsikan juga pendapat korang diruangan komen.


Sumber: Fandom: Ejen Ali , Wau Animation

Catat Ulasan

0 Ulasan

close