Boboiboy: Di Sebalik Iklan Raya 2022



 Assalamualaikum dan hai, 


Artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa perkara menarik di sebalik iklan raya Boboiboy Kembali Aidilfitri yang telah menjadi sohor kini di Youtube.


1. Isteri Tok Aba iaitu nenek Boboiboy telah meninggal dunia.

 Dalam iklan raya Boboiboy Kembali Aidilfitri menunjukkan Tok Aba kembali ke kampung halamannya dan teringat kisah lampau bersama isterinya. Di babak akhir iklan tersebut juga menunjukkan Tok Aba menziarahi pusara isterinya. Namun menjadi tanda tanya, sebab apakah isterinya meninggal dunia?

2. Tok Aba berpindah dari Kota Hilir ke Pulau Rintis. 

Selama ini kita menyangkakan bahawa Pulau Rintis merupakan kampung sebenar Tok Aba. Namun, iklan raya Boboiboy Kembali Aidilfitri menunjukkan Tok Aba, Boboiboy dan rakan-rakannya balik kampung ke Kota Hilir. Rumah Tok Aba di Kota Hilir juga kelihatan berhabuk kerana telah lama tidak berpenghuni. Berdasarkan trailer Mechamato The Movie, lokasi dalam trailer tersebut adalah di Kota Hilir. Adakah Tok Aba berpindah ke Pulau Rintis kerana tidak sanggup menghadapi kisah silam bersama isterinya yang telah meninggal dunia? atau Pulau Rintis merupakan kampung Tok Aba manakala Kota Hilir merupakan kampung Isterinya. 



3. Boboiboy telah mengetahui bengkel ayahnya.

 Dalam babak iklan tersebut menunjukkan Boboiboy telahpun mengetahui bengkel ayahnya semasa ingin mencari lampu lip lap. Ini menunjukkan bahawa Boboiboy seperti pernah mengunjungi rumah tersebut sebelum ini. Adakah Boboiboy membesar di Kota Hilir sebelum pergi ke Pulau Rintis?



4. Masyarakat di Kota Hilir hidup bersama robot.

 Ketika Boboiboy dan rakan-rakannya tiba di Kota Hilir, kelihatan terdapat banyak robot ataupun mungkin sfera kuasa yang hidup bersama masyarakat di kota tersebut. Robot-robot tersebut juga dikatakan telah diselamatkan oleh ayah Boboiboy iaitu Amato. Patutlah Tok Aba tidak terkejut ketika mengetahui kemunculan pertama Ochobot sebelum ini.



5. Di mana ayah Boboiboy?

 Masih menjadi tanda tanya di manakah keberadaan Amato, seperti yang kita ketahui Amato merupakan antara anggota tertinggi pasukan TAPOPS. Amato tak balik raya ke? 


Sekian itu sahaja artikel kali ini. Bersama kita nantikan Mechamato The Movie. 

Sumber: Monsta

Catat Ulasan

0 Ulasan

close