Entiti misteri di sebalik Minecraft



 Assalamualaikum dan hai,


Artikel Keris Digital kali ini adalah tentang sebuah permainan video yang sentiasa popular dalam kalangan kanak-kanak dan termasuklah golongan dewasa iaitu…Minecraft! Jadi, mari kita teruskan dengan tajuk utama video ini iaitu entiti misteri di sebalik Minecraft. 



1. Herobrine



Pasti ramai pemain Minecraft telah lama mengetahui entiti misteri Herobrine sehingga ramai juga yang mengaku pernah melihatnya. Herobrine adalah karakter bukan pemain dengan kulit pemain Steve mempunyai mata putih terang yang bersinar dalam kegelapan. Berdasarkan Creepypasta, Herobrine mencipta binaan rawak, seperti piramid pasir di lautan dan terowong bersaiz 2 kali 2. Herobrine juga memotong semua daun pokok sehinggakan kawasan tersebut terlihat janggal. Herobrine juga mula tular oleh penstrim Brocraft "Copeland” pada 2010.


Ada juga khabar angin yang tersebar mengatakan Herobrine merupakan saudara Notch yang telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun Mojang dan Notch yang merupakan pengasas Minecraft telah menafikan perkara tersebut termasuklah kewujudan Herobrine. Namun, Mojang pernah menerbitkan log perubahan kemas kini Beta 1.6.6 yang menyatakan bahawa “Herobrine telah dihapuskan”.


Baik mari kita teruskan.

2. Entity 303



Juga dikenali sebagai 303 dengan kulit yang menyeramkan yang  dikatakan sebagai "Herobrine Baharu". Menurut Creepypasta, kewujudan Entity 303 dilakukan oleh bekas pekerja Mojang yang telah dipecat oleh pengasasnya iaitu Notch. Namun, ada juga yang mengatakan bahawa bukan hanya bekas pekerja tetapi seluruh pasukan penggodam yang menggunakan nama "303mojang.com303," dan "entity.303” sehingga 1/40 pemain Minecraft terjejas. Dikatakan Herobrine sebenarnya datang untuk memberi amaran tentang Entity 3030 untuk merosakkan Minecraft menjelang akhir 2014 atau 2015. Eh, tapi sekarang dah 2022 masih ada Minecraft. [Meme] Penampakan pertama Entity 303 berlaku pada 10 Disember 2013. Peristiwa pertemuan itu juga tidak diketahui dengan jelas dan individu yang pertama kali menjumpainya juga telah berdiam diri sehingga sekarang.

3. Null 



Null adalah antara entiti misteri terbaru selain Entity 303 dan Herobrine. Karakter Null keseluruhannya adalah berwarna hitam. Menurut CreepyPasta, Null akan meninggalkan perkataan "null" yang disebabkan kegagalan penghuraian  Java. Penampakan pertama adalah pada Ogos 2014 dan kebanyakan penampakan Nill adalah tidak konsisten, walaupun ia kelihatan hitam legam. Sehingga sekarang entiti ini masih kekal misteri.

Kesimpulannya

Ketiga-ketiga entiti yang disenaraikan tersebut adalah entiti yang hanya dijumpai oleh para pemain dan tidak ada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi daripada pihak Mojang. Adakah korang pernah menjumpai entiti misteri tersebut atau perkara misteri yang lain semasa bermain Minecraft? Kongsikan di ruangan komen.



Sumber: Google , Minecraft Fandom

Catat Ulasan

0 Ulasan

close