Ribut solar dijangka melanda Bumi tengah malam ini


LONDON: Tengah malam ini bumi dijangka dilanda fenomena ribut solar atau geomagnetik.

Ribut solar dengan tahap kekuatan sederhana itu dijangka melanda semalam namun berlaku kelewatan. - Daily Mail

Fenomena yabg dikenali sebagai Coronal Mass Ejection (CME) akan sampai ke bumi kira-kira 12 tengah malam ini menurut ramalan Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) .

 Jelas laporan itu, antara kesan mungkin berlaku akibat ribut suria adalah gangguan terhadap grid elektrik dan sistem komunikasi termasuk satelit,”

Selain itu, Jabatan Meteorologi UK memaklumkan CME berkemungkinan menyebabkan ribut geomagnetik yang kecil sehingga sederhana.

Sementara itu, beberapa kawasan di New York, Amerika Syarikat (AS) dan utara England, UK ketika ribut solar berlaku akan dapat melihat cahaya Aurora atau dikenali sebagai Northern Lights.

Fenomena itu berlaku berikutan pengeluaran plasma dari lapisan luar matahari secara besar-besaran dan merupakan gangguan besar magnetosfera bumi. – AGENSI

Rujukan: Utusan




Catat Ulasan

0 Ulasan

close