Perdana Menteri Jepun ke-100 minat Anime?

 

                                                              Gambar Suntingan oleh: cbr.com

        Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita antarabangsa yang menarik perhatian dunia, khususnya peminat-peminat Anime dan Manga. Pada 4 Oktober 2021 yang lalu, bekas menteri luar negara Jepun, Fumio Kishida, 64 telah memenangi pilihan raya umum sebagai Perdana Menteri Jepun yang ke-100 menerusi Parti Demokrasi Liberal (LDP).


KENAPA PERLANTIKAN BELIAU MENDAPAT PERHATIAN ?

Dalam sebuah temu ramah, Fumio Kishida menyatakan minatnya pada siri Kimetsu No Yaiba (juga dikenali sebagai Demon Slayer). Kata Beliau, Beliau telah membaca semua siri Kimetsu No Yaiba dan watak kesukaan beliau ialah Akaza, salah seorang dari kumpulan Syaitan darjat tertinggi.


Justeru itu, Beliau juga telah berjanji akan memastikan serta memberi perhatian kepada industri penghasilan Animasi, Manga, dan Filem yang telah bertungkus-lumus menghasilkan karya dengan menaikkan gaji serta memberi sokongan kerajaan sepenuhnya kepada yang terlibat.

APAKAH IMPAKNYA TERHADAP INDUSTRI?

Umum mengetahui, Jepun terkenal dengan budaya terlebih kerja (overworked) serta masalah tekanan. Sebelum ini juga kerap keluar di media-media, penulis-penulis tidak dapat terus berkarya atas sebab sakit, tekanan dan sebagainya.

Dengan sokongan dari kerajaan, industri-industri ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah untuk menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti dan bebas tekanan serta diberikan gaji yang relevan.

Dengan penghasilan karya yang makin berkualiti, industri-industri ini secara tidak langsung akan menarik lagi perhatian dunia kepada karya tempatan negara matahari terbit ini khususnya komuniti-komuniti pencinta animasi Jepun.

Sumber: 
- cbr.com
- bbc.com
- comicbook.com

Catat Ulasan

0 Ulasan

close