Gangguan Facebook berpunca dari alien - Pakar


LONDON - Uri Geller yang merupakan seorang ahli psikik dari Britain endakwa bahawa gangguan seluruh dunia yang berlaku pada perkhidmatan media sosial Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger pada Isnin lalu adalah berpunca daripada perbuatan makhluk asing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Teknologi canggih yang dimiliki makhluk dari angkasa lepas itu berupaya mengganggu sistem jaringan sosial terbesar tersebut, menurut Geller.

“Agensi Keselamatan Kebangsaan dan Pentagon (Amerika Syarikat) sedang menyiasat perkara ini. Teknologi makhluk asing boleh mengganggu sistem tersebut.

“Ia merupakan satu misteri yang besar untuk jaringan media sosial. Penjelasan yang masuk akal perlu diberikan,” katanya dalam ciapan di Twitter.

 Geller juga berkata, selain teknologi media sosial, makhluk asing juga menyasarkan senjata nuklear di Bumi. 

“Sistem peluru berpandu balistik turut diancam bahaya. Jadi, saya meminta agar isu ini disiasat dengan lebih terperinci,” ujarnya. 

Kira-kira 3.5 bilion penggunaFacebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger pada Isnin lepas di seluruh dunia mengalami gangguan perkhidmatan. Namun, keadaan itu berjaya dipulihkan dalam masa tujuh jam.

Facebook Inc. menyatakan bahawa punca masalah tersebut disebabkan pemadaman perubahan konfigurasi yang dilalukannya pada peranti router bagi menyelaraskan lalu lintas antara pusat datanya. – Agensi 

Rujukan: Kosmo

Catat Ulasan

0 Ulasan

close