Facebook, WhatsApp dan Instagram alami gangguan hampir enam jam

LONDON: Selepas mengalami gangguan selama hampir enam jam perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp, Instagram termasuk Messenger beransur pulih . Mark Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook dalam kirimannya di Facebook juga memohon maaf atas perkara yang berlaku.

BBC melaporkan, perkhidmatan yang dimiliki Facebook tersebut tidak dapat diakses melalui web atau melalui aplikasi telefon pintar.

Downdetector mengesan perkara itu dengan mencatat puluhan ribu laporan gangguan untuk ketiga-tiga paltform berkenaan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada tahun 2019. Semasa itu, Facebook dan platform lainnya tidak dapat diakses di seluruh dunia selama lebih 14 jam.


Rujukan: Utusan

Catat Ulasan

0 Ulasan

close