3 Demontrasi Jalanan Terbesar Pernah Berlaku di Malaysia

Dilihat beberapa penunjuk perasaan yang sedang bersemonstrasi di ibu negara 

    Apabila bercakap soal Demonstrasi, ia pasti mengingatkan kita tentang teriakan suara sesuatu kelompok yang turun ke jalanan untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu perkara. Demonstrasi sering dikaitkan dengan keganasan dan kerosakan terhadap harta benda mahupun mengundang kecederaan di antara ahli pendemostrasi dan pihak pengaman. Kebiasaanya demonstrasi diadakan adalah bagi membantah terhadap sesuatu isu ataupun menunjukkan perasaan yang tidak puas hati terhadap sesuatu isu. Budaya demonstrasi ini sering dilakukan oleh masyarakat di luar negara dan sudah menjadi kebiassanya bagi mereka sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara akan melakukan demonstrasi dengan pelbagai niat yang tersendiri. Sebagai contoh, berdemontrasi atas sebab bantahan, solidariti, keadilan dan rusuhan. Namun berbeza pula situasinya di malaysia bahawa demontrasi masih janggal untuk dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Sekiranya ia berlaku hanyalah dalam kelompok yang sangat kecil dan tempoh masa yang tidak lama jika dibandingkan demonstrasi yang berlaku di luar negara yang memakan masa berhari-hari.

    Namun tahukah anda? bahawa negara kita pernah mendepani beberapa siri demonstrasi yang berskala 'Mega' sehingga mampu merubah beberapa cara pentadbiran kerajaan. Namun terlebih dahulu kita perlu fahami apa itu demonstrasi. Menurut Muhammad Aminullah (2016) di dalam kajianya ada menyatakan bahawa demontrasi membawa maksud yang luas, iaitu ia boleh merangkumi aspek bantahan dan tunjuk perasaan yang boleh membawa kepada pemberontakan yang lebih ganas dan dashsyat sekiranya masih berleluasa. Kali ini kami akan bawakan anda 5 Demonstrasi jalanan yang besar dan pernah berlaku di Malaysia. 


1. Demontrasi Rusuhan Kaum 1969

    Peristiwa demonstrasi rusuhan kaum 1969 sudah pasti masih menjadi titik hitam di dalam sejarah negara apabila suatu rusuhan secara besar-besaran telah berlaku di ibu kota serta beberapa tempat didalam negeri Selangor dan beberapa buah negeri telah berlaku. Segala-galanya bermula daripada pilihanraya umum pada tahun 1969. Kemenangan besar beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari pihak parti pembangkang ketika itu  telah menimbulkan semangat kepartian yang tinggi di kalangan ahli parti pembangkang. Semuanya bermula dengan demonstrasi mengiringi jenazah salah seorang ahli parti pembangkang di sekitar jalan ibu negara ketika itu. Namun segalanya berubah apabila pengiringan itu bertukar menjadi perarakan meraikan kemenangan parti pembangkan ketika itu. Malahan demonstrasi itu diiringi dengan provokasi-provokasi yang melampau sehingga meningkatkan sentimen perkauman diantara ahli parti pembangkang ketika itu yang didominasi oleh sesetengah kaum sahaja. Demonstrasi ini terus bertukar kepada rusuhan kaum apabila berlakunya 'Peperangan' diantara kaum yang berlaku di ibu negara ketika itu. Rusuhan ini terus merebak di kawasan berdekatan sehingga menyebabkan angka kematian dan kecederaan dikalangan rakyat tempatan dan orang awam terus meningkat dengan kadar cepat.Kerosakan besar terus berlaku dengan kemusnahan beberapa bangunan sektor kerajaan dan pembakaran harta benda awam.Namun pada akhirnya rusuhan ini berjaya diamankan dan dikawal dengan pengisyhtiharan Darurat dan penubuhan MAGERAN yang telah membawa kepada perubahan beberapa sektor pentadbiran kerajaan ketika itu. 

Sekitar suasana demonstrasi tahun 1969

2.  Demonstrasi Baling 1974 

    Demonstrasi baling merupakan suatu demonstrasi yang dipimpin oleh golongan mahasiswa pada peringkat awal dan diikuti oleh sokongan rakyat tempatan ketika itu khususnya masyarakat petani di daerah baling. Sekitar tahun 1974, negara kita mengalami inflasi yang agak teruk sehingga membawa kepada penurunan harga getah yang mendadak. Sudah pastinya, golongan yang peling terkesan adalah daripada golongan petani. Oleh sebab itu, golongan mahasiswa di sekitar negara ketika itu, yang melihat akan situasi ini telah mengambil inisiatif untuk melakukan demonstrasi bagi membantu rakyat tempatan khususnya golongan petani yang dilihat tertindas oleh pihak kerajaan ketika itu. Demonstrasi ini hampir melibatkan 30 ribu penduduk dan 10 ribu dari kalangan mahasiswa bagi membantah dan menunjuk perasaan tidak puas hati akan kegagalan kerajaan ketika itu dalam menjaga kebajikan rakyat. Demonstrasi ini telah menyebabkan kekecohan yang besar di sekitar daerah baling shingga menyebabkan pihak kerajaan perlu menghantar pasukan khas FRU PDRM bagi menghalang peserta demonstrasi dari berperilaku lebih ganas. Namun pada akhirnya demonstrasi ini berjaya dikawal dengan hasil pemerintah yang begitu bijak dengn cepat memberikan jaminan bahawa golongan petani akan lebih diberi perhatian dan sudah pasti tujuan utama mereka iaitu menuntut harga getah untuk dinaikkan akan ditunaikan oleh kerajaan dalam kadar segera ketika itu. Golongan petani begitu gembira dengan khabar tersebut dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak kerajaan ketika itu. Namun sebaliknya berlaku kepada pihak  mahasiswa, Akta AUKU 1974 telah dipinda dengan menjadikan segala persatuan mahasiswa untuk berdaftar di bawah universiti masing-masing agar mudah untuk dipantau akan perilaku dan kegiatan mahasiswa. Hal ini jelas sebagai inisiatif kerajaan bagi membendung kegiatan dan perilaku mahasiswa agar tidak terlalu agresif dan bertindak di luar kawalan selaku mahasiswa. Jelas bahawa kuasa mahasiswa mampu membentuk suatu revolusi terhadap pemerintahan negara ketika itu. 

Sekitar suasana demonstrasi baling pada 1974

3. Demonstrasi Bersih 2007

    Demonstrasi bersih ini telah dikenali sebagai 'Bersih 2.0' pada sesi demonstrasi mereka sekitar tahun 2011. Demonstrasi ini merangkumi beberapa demonstrasi susulan iaitu bermula pada tahun 2007 diteruskan pada 2009 dan terakhir adalah pada 2011. Demonstrasi ini mempunyai niat yang berbeza-beza bagi setiap perhimpunan. Matlamat perhimpunan bersih ini adalah bagi menumbangkan pihak kerajaan ketika itu yang dikatakan tidak telus di dalam mengadakan pilihanraya umum negara. Oleh sebab itu, bagi membantah perbuatan itu, satu demonstrasi jalanan telah dilaksanakan bagi menyatakan bantahan secara jelas kepada kerajaan agar mengadakan pilihanraya yang lebih telus dan adil kepada semua calon serta pengundi. Hal ini membawa kepada sokongan ahli-ahli politik pembangkang ketika itu. Berlaku perhimpunan dan demonstrasi besar di ibu negara sekitar tahun 2007,2009 dan 2011. Perhimpunan itu telah banyak merugikan negara khususnya dari segi ekonomi dan keselamatan di ibu negara ketika itu. Namun tindakan pantas yang diambil oleh pihak kerajaan dan pihak istana negara ketika itu telah berjaya meleraikan kesemua siri perhimpunan tersebut dengan jayanya tanpa berlaku pertumpahan dan dan berlaku lebih teruk. Kesanya, banyak kerosakan harta benda awam dan persaingan di antara peserta demonstrasi dan pihak berkuasa di dalam perhimpunan tersebut. Akhinya perhimpunan ini membawa kepada kesan pentadbiran negara yang lebih tegas dalam mendepani hal-hal berkaitan perhimpunan di kalangan rakyat mahupun pemimpin. 

Sekitar suasana demonstrasi bersih di ibu negara

    Kesimpulanya, Demonstrasi ataupun perhimpunan merupakan perkara yang janggal dikalangan rakyat Malaysia pada peringkat awal. Namun sejak akhir-akhir ini dengan dibantu kemajuan teknologi media dan komunikasi yang begitu pantas telah mampu menyampaikan sesuatu dakyah mahupun sesuatu pemikiran dengan kadar yang cepat dan segera dikalangan rakyat malaysia. Oleh sebab itu, sebagai rakyat malaysia yang berpegang teguh kepada 5 prinsip rukun negara perlu berfikiran rasional sebelum melakukan apa-apa perbuatan. Fikir akan baik dan buruk sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum bertindak akan tidak menyesal di kemudian hari. Oleh itu, jadilah rakyat malaysia yang bijak dan bertamadun demi membangun negara yang lebih maju dengan mengekalkan budaya tempatan dan nilai-nilai murni masyarakat. Sekian terima kasih.

 

                   

Catat Ulasan

0 Ulasan

close