10 Pencakar Langit Tertinggi di Dunia 2021/2022


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak negara di dunia membuktikan bahawa mereka merupakan negara bangsa yang agung dan maju dengan membangunkan pencakar langit yang tinggi. Jadi, artikel kali ini kami akan kongsikan 11 pencakar langit tertinggi di dunia versi tahun 2021/2022.


10.  Menara CITIC (Beijing, China)

Bangunan ini memiliki ketinggian 528m dengan 109 tingkat. Bangunan pejabat ini mula dibina pada tahun 2013 dan siap pada tahun 2018. 


9 & 8. Pusat Kewangan Guangzhou CTF (Guangzhou, China) & Pusat Kewangan Tianjin CTF (Tianjin, China)

Pusat Kewangan Guangzhou CTF

Kedua-dua bangunan ini mempunyai ketinggiaan yang sama iaitu 530m namun mempunyai jumlah tingkat yang berbeza.  Pusat Kewangan Guangzhou CTF yang siap pada tahun 2016 ini memiliki 111 tingkat manakala Pusat Kewangan Tianjin CTF mempunyai 97 tingkat yang siap sepenuhnya pada tahun 2019. 

Pusat Kewangan Tianjin CTF

7. One World Trade Centre (New York, Amerika Syarikat)

Bangunan ini merupakan satu-satunya bangunan bukan terletak di Asia yang tersenarai dalam artikel ini. One World Trade Centre telah dibuka pada tahun 2014 dengan ketinggian 541m dan mempunyai 94 tingkat. Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat dan di Benua Amerika.


6. Menara Lotte World (Seoul, Korea Selatan)

Menara Lotte World adalah pencakar langit dengan ketinggian 555m dan mempunyai 123 tingkat. Pencakar langit ini mula dibina pada tahun 2011 dan siap dibina pada tahun 2017.


5. Pusat Kewangan Ping An (Shenzen, China)

Pencakar langit yang mempunyai 115 tingkat dengan 599m ini merupakan yang kedua tertinggi di China. Bangunan ini telah direka bentuk oleh  Kohn Pedersen Fox Associates. Bangunan ini dbina pada tahun 2010 dan siap dibina pada tahun 2017 dengan menelan U$D1.5 Billion.


4. Menara Abraj Al-Bait (Mekah, Arab Saudi)

Bangunan ini merupakan sebuah kompleks yang dibina di atas tanah suci umat Islam mempunyai ketinggian 601m dengan 120 tingkat yang telah dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2011 dengan dana sebanyak U$D15 Billion. Bukan sekadar pencakar langit yang tinggi, bangunan ini juga memiliki jam yang terbesar di dunia.


3. Menara Shanghai (Shanghai, China)

Menara Shanghai merupakan pencakar langit yang direka oleh Gensler dan dibangunkan oleh Shanghai Tower Construction & Development. Pencakar langit ini mempunyai ketinggian 632m dengan 128 tingkat dan memiliki jumlah keluasan kawasan sekitar 380,000m². Dengan kos US$2.4 billion,  bangunan ini siap dibina pada tahun 2015. Menara Shanghai kini juga merupakan bangunan tertinggi di China.


2. Merdeka PNB 118 (Kuala Lumpur, Malaysia)

Kami menyenaraikan pencakar langit ini memandangkan pembinaannya hampir siap dan dijangka siap pada tahun 2022. Merdeka PNB118 mempunyai 118 tingkat setinggi 644 m yang kini dalam pembinaan di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan ini dibiayai oleh Permodalan Nasional Bhd dengan bajet sebanyak RM5 bilion. Bangunan ini juga akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Bangunan Berkembar Petronas dan dalam masa yang sama akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan Asia Timur. Menara ini terdiri daripada 400,000m² ruang kediaman, hotel dan komersial. Reka bentuk menara ini diinspirasikan daripada Tunku Abdul Rahman sedang berdiri sambil melaungkan kemerdekaan pada tahun 1957. Jadi, selain daripada berbangga, kita perlulah menghargai dan menghayati erti sebenar kemerdekaan negara kita selama ini.


1. Burj Khalifa (Dubai, Emeriah Arab Bersatu)

Struktur binaan manusia yang tertinggi dalam sejarah ini mempunyai ketinggian 828m dengan 163 tingkat. Pembinaan bangunan ini bermula pada 2004 dan siap pada tahun 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2km² yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar USD1.5 bilion. Bangunan ini juga memiliki Lif terlaju di dunia pada kelajuan 18 m/s.

Sungguhpun manusia telah berjaya membina bangunan yang tinggi menjulang ke langit untuk menunjukkan mereka sebuah negara bangsa yang agung dan maju. Namun, menurut kepercayaan Islam, apabila manusia berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi, ini adalah salah satu tanda kiamat kecil. Terima kasih kerana menonton, jumpa lagi.

 Sumber & rujukan:

SkyScraperCenter: 100 Tallest Building

SkyScraperCenter: Dalam Pembinaan

Catat Ulasan

0 Ulasan

close