Hormati Status Labuan Sebagai Wilayah Persekutuan


Malam tadi, terdapat sebuah berita hangat yang dilaporkan oleh borneotoday.net iaitu berkenaan dengan UMNO Sabah yang akan mengemukakan cadangan mengembalikan Labuan kepada Sabah sebagai salah satu kempen parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

“Perkara ketiga iaitu Labuan akan kita letak balik di negeri Sabah dan akan dijadikan sebagai daerah tambahan untuk negeri Sabah,” - Kata pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin
 Luangkan sedikit masa anda untuk mengisi borang tinjauan berkaitan isu ini di akhir artikel ini. 

Selaku anak jati Labuan, perkara ini boleh dianggap satu penghinaan kepada status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan termasuklah kepada penduduk Labuan yang menyokong penuh taraf Wilayah Persekutuan. Labuan sebuah pulau yang berpenghuni dan seharusnya tidak diperlakukan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain. Lagipun beliau juga bukan merupakan penduduk Labuan. Jika benar Labuan ingin dipulangkan semula ke Sabah, perkara tersebut perlulah mendapat restu dari penduduk Labuan itu sendiri & bukan berdasarkan kepentingan politik semata-mata.

Bercakap berkenaan pembangunan, Labuan telahpun mengalami banyak perubahan dari segi pembangunan insfrastruktur, ekonomi & sosial selepas menjadi Wilayah Persekutuan sejak 16 April 1984 berbanding di bawah Kerajaan Sabah sebelum itu. Status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan juga tidak menyekat rakyat Sabah dari memasuki Labuan malah telah memberi impak ekonomi serta peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah.

Sebelum Sabah ingin menambah semula Labuan sebagai salah satu daerahnya, ada baiknya Kerajaan Sabah buktikan terlebih dahulu bahawa mereka mampu membangunkan daerah-daerahnya yang masih ada belum dibangunkan dengan baik. Walaubagaimanapun, memang benar Labuan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan KL dan Putrajaya. Namun, ini tidak bermakna Labuan perlu dikembalikan kepada Sabah untuk Labuan menerima impak pembangunan. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan yang perlu memberi perhatian lebih dalam membangunkan Labuan.

Cadangan supaya Labuan dikembalikan kepada Sabah ini juga ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli minggu lalu disebabkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membangunkan pulau bebas cukai ini. Saya berharap supaya tindakan yang tepat diambil tanpa terburu-buru. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Berhentilah membangkitkan idea & manifesto mengarut yang boleh melukai hati penduduk Labuan dan mungkin menjejaskan hubungan antara Sabah dan Labuan.

Saya juga yakin bahawa penduduk Labuan lebih menginginkan jambatan menghubungkan Labuan-Menumbok (Sabah) yang telah lama dijanjikan berbanding Labuan kembali ke Sabah. Hormati status Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 4 Perkara 1.

Anak Jati Labuan (Rakyat biasa)
Kampung Patau-Patau 1

KEMAS KINI: UMNO Bahagian Labuan mengambil pendirian bahawa Labuan perlu dikekalkan sebagai Wilayah Persekutuan.

UMNO Bahagian Labuan mengambil pendirian bahawa Labuan perlu dikekalkan sebagai Wilayah Persekutuan. Tidak dapat...

Posted by Umno Bahagian Labuan on Sunday, July 26, 2020
Bagaimana pendapat anda? Tinggalkan komen di bawah dan luangkan sedikit masa anda untuk mengundi "adakah anda bersetuju Labuan dikembalikan ke Sabah?"


Penafian: Artikel ini bukanlah bertujuan untuk meburukkan atau menghina mana-mana pihak. Artikel ini diterbitkan agar suara rakyat sampai kepada pemimpin atasan yang seharusnya sedar akan kehendak sebenar raktyat.

Rujukan: Borneo Today 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close