VIDEO: Tian Chua di tampar penyokong PKR
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua ditampar, dibaling botol air, kon dan dikepung selepas keluar dari Ibu Pejabat PKR, di sini, jam 2.15 petang tadi.
Tian Chua yang diiringi beberapa anggota polis dimaki hamun beberapa penyokong tegar PKR dengan melabelkan Naib Presiden PKR itu sebagai pengkhianat serta bergema laungan 'reformasi'.
Penyokong PKR dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat memihak kepada kem Timbalan Presiden PKR Datok Seri Mohamad Azmin Ali
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor, Mohd Razlan Jalaluddin juga pernah diserang penyokong parti itu di lokasi sama.
Situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata tindakan tegas perlu dikenakan terhadap anggota parti yang mengasari Tian Chua di ibu pejabat parti.
Beliau berkata, "Saya kesal dan kecam tindakan kasar beberapa individu terhadap Tianchua. Saya pohon pihak berkuasa bertindak segera terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.
"Pada masa sama, saya pohon Lembaga Disiplin segera siasat - jika mereka anggota parti, maka tindakan tegas perlu diambil," katanya menerusi Twitter.
Sumber
Berita Harian
Berita Harian
0 Ulasan