Rakan Sekelas Diracun, Pelajar 13 Tahun Ditahan Polis.


Kes mengejutkan di salah sebuah sekolah menengah di Sarawak, remaja berusia 13 tahun dipercayai telah meracuni rakan sekelasnya.

Pihak polis telah menahan seorang pelajar tingkatan satu kerana disyaki meracuni rakan sebayanya dengan memasukkan racun lipas pada makanan - laporan Mstar.

Menurut Datuk Dev Kumar iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, mangsa berusia 13 tahun dan juga merupakan rakan sekelas kepada suspek. Mangsa diberikan sebungkus mi goreng yang telah diletakkan racun lipas.

Setelah beberapa minit menjamah makanan yang diberi suspek, mangsa menjadi mual dan mula muntah lalu kakitangan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman. Kini, mangsa masih menjalani rawatan di hospital tersebut.

Suspek yang cemas melihat mangsa dikejarkan ke hospital segera bertindak melarikan diri. Namun pihak polis berjaya menjejak rumah mangsa bersama sekotak racun lipas ketika menahan pelajar berkenaan.

Dalam waktu yang sama, bapa mangsa dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman selepas seorang guru memaklumkan mengenai tindakan pelajar lelaki itu yang meracuni anaknya.

Walau bagaimanapun, pada jam 5 petang tadi datuk kepada suspek hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Aman dan mendakwa tindakan cucunya itu hanyalah untuk membalas dendam kerana kerap dibuli oleh mangsa di sekolah.

Menurutnya, suspek berbuat demikian kerana tidak tahan sering dibuli rakan sekelasnya itu yang memeras wang saku dan makanannya.

Kes ini mula menular di media dan ramai orang berpendapat bahawa kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi melibatkan pelajar sekolah.

Sumber: -Mstar
               -gempak.org
               -amazingnara.com

0 Ulasan

Taip di atas...