Enggan Memasuki 'Geng 550', Pelajar Dipukul Teruk

                      Sumber: Lobak Merah 

Kes buli telah menjadi satu perkara biasa yang didengari apatah lagi apabila melibatkan pelajar sekolah. Baru baru ini, satu lagi kejadian buli dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berdekatan Taman Impian Emas, Johor Bahru apabila seorang remaja lelaki berumur 16 tahun dipukul oleh lima remaja lelaki sehingga berdarah. Apa yang membimbangkan, remaja tersebut telah dipukul kerana menolak daripada menjadi sebahagian daripada anggota ahli kongsi gelap.

Pada hari tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Allan mendakwa dia telah diheret masuk ke sebuah lorong dan diugut agar menerima tawaran mereka untuk menanggotai geng tersebut. Jika dia masih berdegil, mereka akan menggunakan kekerasan bagi memaksanya. Namun Allan masih bertegas menyebabkan dia dipukul dan ditinggalkan terbaring dalam keadaan berdarah. Mangsa mendakwa cedera di muka dan pergelangan tangannya. Tidak cukup dengan itu, ahli kumpulan tersebut berkata akan terus memukulnya jika dia masih berkeras kepala.

Menurut mangsa lagi, dia terpaksa melalui tekanan akibat diganggu oleh ahli kumpulan berkenaan. Malah, dia turut menerima banyak ugitan melalui aplikasi 'WeChat' sejak Mac lalu. "Saya tidak mengendahkan ugutan mereka kerana tidak mahu terjebak dengan perkara yang melanggar undang-undang namun ada ahli yang masih bersekolah mengugut keselamatan saya. " Ujar Allan.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis bersama ibu bapanya kerana bimbang atas keselamatan dirinya. Mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara tersebut tidak lagi berulang.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa beberapa orang suspek telah dikenalpasti dan didapati baru sahaja dibuang sekolah. Mereka sedang mencari ahli baru untuk menganggotai Geng 550 atau Hup Woh Teng. 


Sumber:

0 Ulasan

Taip di atas...