'Despacito' Dilarang Daripada Dimainkan Oleh RTM

                       Sumber: FMT

'Despasito' merupakan lagu nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee dan telah menjadi lagu yang paling banyak dimainkan secara global. Kedua dua versi original dan 'remix' Inggeris yang dinyanyikan oleh Justin Bieber telah dimainkan lebih 4.6 billion kali di seluruh dunia. 

Namun, di sebalik rentaknya yang menarik perhatian ramai pendengar terselindung lirik yang kurang menyenangkan terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan ahli agama. Lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Sepanyol ini ternyata mempunyai maksud yang tidak elok didengari oleh golongan kanak-kanak namun ramai yang tidak menyedari akan perkara ini kerana sempadan bahasa.

Beberapa badan telah mengutarakan kebimbangan mereka mengenai hal ini. Mana tidaknya, ramai kanak-kanak muda yang turut menyanyikan lagu tersebut tanpa mengetahui akan maksud di sebalik liriknya yang mengandungi unsur seksual.

Menurut FMT, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini telah melarang lagu tersebut daripada diudarakan di semua stesen radio dan siaran televisen mereka. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak  telah mengeluarkan arahan berikut setelah ahli panel RTM mengkaji semula lirik lagu tersebut.

"Dengan ini, RTM akan menghentikan siaran lagu tersebut di stesen radio dan TV dan akan berkuatkuasa serta merta." Kata beliau. Oleh kerana radio merupakan salah satu siaran yang menjadi penyampai lagu tersebut kepada para pendengar terutamanya golongan muda, mereka meminta stesen-stesen radio ini agar lebih sensitif dan menapis lagu tersebut sama ada dengan tidak mengudarakan lagu tersebut atau memotong sebahagian daripada lagu tersebut.
                       Sumber: Word of Buzz
Angkatan Wanitan Amanah Nasional turut mengecam lagu tersebut atas alasan yang sama dan mengkritik bahawa siaran radio Melayu tempatan yang turut mengudarakan lagu tersebut telah mengundang kepada popularitinya.

“Let me breathe your neck slowly, Let me undress you with kisses slowly, sign the walls of your labyrinth, and make your whole body a manuscript.” Merupakan sebahagian daripada lirik yang menyebabkan lagu 'Despacito' ditapis. Sebelum ini juga telah banyak lagu yang dipotong dan ditapis perkataan yang tidak elok tanpa menganggu alirannya.

Sumber:

0 Ulasan

Taip di atas...