Chester Bennington Daripada Kumpulan Linkin Park Meninggal Dunia

                       Sumber: krock


Linkin Park merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di kalangan kita. Dengan lagu-lagu berunsur Rock dan Metal, Linkin Park dianggap sebagai salah satu kumpulan lagenda dan telah banyak menerima anugerah dalam bidang muzik. Malah, kumpulan yang sudah berusia 21 tahun ini masih gah lagi di persada muzik dan masih diminati sehingga ke hari ini.

                       Sumber: Google

Berita sedih buat peminat Linkin Park, pada pagi Khamis 20 Julai, salah seorang penyanyi, Chester Bennington, 41, telah dijumpai mati di rumah beliau. Kematian Chester merupakan satu kejutan bukan sahaja kepada para peminat malah juga kepada ahli kumpulannya kerana mereka baru sahaja merancang untuk membuat sesi pengambaran di Hollywood beberapa jam sebelum beliau dijumpai. Lebih mengejutkan, Chester dikatakan telah menggantung dirinya untuk membunuh diri.

                         Sumber: Twitter
                       
Mike Shinoda juga daripada kumpulan Linkin Park mengesahkan kematian Chester di Twitternya. Linkin Park dikatakan sedang bersedia untuk konsert jelajah dunia minggu hadapan, membuatkan kematian Chester lebih mengejutkan.

Sebelum ini,  beliau pernah berdepan dengan masalah ketagihan alkohol dan dadah serta pernah didera ketika masih kanak-kanak. Perkara ini pernah membuatnya ingin membunuh diri.

Sumber:

0 Ulasan

Taip di atas...