GEMPAR!!! Makhluk Aneh Muncul Di Ruang Udara Zambia


KITWE, ZAMBIA - Penduduk gempar  apabila penampakan satu bentuk yang menyerupai manusia di langit . Gambar yang viral di media sosial itu menunjukkan bentuknya yang lengkap dengan kepala seperti manusia terapung di langit dan dianggarkan berukuran lebih dari 100 meter panjang. Bentuk yang menyerupai Dementor iaitu watak dalam filem Harry Potter itu dilihat di ruang udara Mukuba Mall, Kitwe. Ianya menimbulkan tanda tanya kepada yang melihatnya.

Bentuk hitam itu yang dipercayai terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara terawang-awang di ruang udara pusat beli-belah itu lebih setengah jam. Ada juga segelintir penduduk yang menyaksikan kejadian itu menganggap kehadiran bentuk itu adalah sebagai peringatan daripada Tuhan untuk manusia.

Dementor - Harry Potter
Seorang saksi berkata, "Kami terkejut melihat bentuk itu yang kelihatan seperti manusia di ruang udara selama hampir 30 minit.

"Ada yang mula berdoa, tetapi ramai yang melarikan diri. Ianya sungguh pelik," katanya.



Bagaimanapun, bentuk berkenaan adalah layang-layang dan dipercayai gambar tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

0 Ulasan

Taip di atas...