3 Pelajar Maut Ditemukan Lemas Di Membakut
KOTA KINABALU – Tiga pelajar lelaki ditemukan mati lemas ketika menyertai program perkhemahan sekolah di sebuah resort di Membakut, Beaufort dekat sini hari ini.
Semasa mengikuti program tersebut 7 orang(5 lelaki dan 2 perempuan) peserta telah lemas semasa melalui sebatang sungai dimana 3 orang peserta lelaki telah meninggal dunia dan 4 lagi (2 lelaki dan 2 perempuan) telah dimasukkan dalam wad dan dalam keadaan stabil.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata mangsa Hafiz Hamizan Rahman, 16; Daniel Norman, 16; dan Khuzaimi Zakaran, 17; merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ditemukan guru pengiring dalam keadaan tidak sedarkan diri di satu laluan ‘jungle trekking’ yang telah digenangi air di resort berkenaan kira-kira 9.30 pagi.
Pihak bomba menerima panggilan pada 9.40 pagi.
“Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian dan ketiga-tiga pelajar disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.
Difahamkan, seramai 120 pelajar dan 30 guru pengiring mengikuti program perkhemahan itu.
Kesemua mayat dihantar ke unit forensik hospital Beaufort untuk bedah siasat.
Siasatan awal dipercayai punca kejadian disebabkan tersekat/terperangkap dasar tanah yang melekat dan memerangkap mangsa hingga lemas.Siasatan lanjut diteruskan.
Rujukan:
MyNewsHub
MyNewsHub

0 Ulasan