COVID-19: Apa Yang Kita Tahu?


Image result for COVID-19 close up
Coronavirus Novel COVID-19


Virus COVID-19 yang menjadi pandemik baru-baru ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat dunia. Penyebaran informasi palsu tentang virus ini telah menyebabkan populasi dunia merasa takut dan panik lalu membawa kepada kekacauan global yang bukan sahaja membantutkan kajian tentang COVID-19, malah menyebabkan sesetengah masyarakat untuk mengambil tindakan yang ekstrem dan tidak wajar seperti menaikkan harga barangan perubatan dengan kadar yang tinggi dan membuat protes berunsur keganasan seperti yang berlaku di Ukraine.

Oleh itu, adalah wajar jika kita mengambil inisiatif untuk mendidik diri dengan informasi yang benar tentang COVID-19 dan membuat kajian ringkas terlebih dahulu sebelum menyebarkan apa-apa berita baharu tentang isu ini. Buat masa ini, kajian masih dijalankan dan pengetahuan yang kita ada tentang COVID-19 masihlah terhad.



APA ITU CORONAVIRUS DAN COVID-19?

Pertama sekali, perlulah kita kenali apa itu “coronavirus”. Berdasarkan informasi yang disediakan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), coronavirus didefiniskan sebagai sebuah keluarga besar virus yang membawa masalah kesihatan biasa seperti selesma sehinggalah penyakit lebih serius seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. COVID-19(Corona Virus Disease 2019) merupakan coronavirus novel. Apa yang membuatkan COVID-19 sebuah coronavirus novel adalah kerana virus ini berpunca daripada pembawa haiwan yang menjangkiti manusia (melalui mutasi). Pembawa haiwan yang menjadi saspek punca kepada virus ini adalah ular atau kelawar. Virus ini disebarkan melalui udara. Dalam kata lain, virus tersebut tersebar melalui batuk dan bersin.



APAKAH SIMPTOM CORONAVIRUS?

Berdasar CDC, simptom bagi COVID-19 ialah :


  • Demam
  • Batuk
  • Sesak nafas


Simptom tersebut mungkin akan dikenalpasti 2-14 hari selepas pendedahan.



BERAPAKAH BILANGAN KES COVID-19 YANG TELAH DIREKODKAN?

Keadaan wabak ini yang masih dalam proses penularan bermaksud bilangan kes positif yang direkodkan akan bertambah dalam kadar yang pantas. Oleh itu, bilangan kes yang direkodkan kemungkinan besar telah berubah daripada data yang disediakan dalam artikel ini.
Data bagi China

Data bagi negara selain China


Data keseluruhan


Tambahan: Berdasarkan Al Jazeera pada 1 Mac 2020, China telah melaporkan sebanyak 573 kes baharu coronavirus.

Bagi kes yang terdapat di Malaysia pula, berdasarkan wikipedia, kes yang telah direkodkan di Malaysia sebanyak 29 kes. Baru-baru ini Malaysia juga digemparkan dengan berita seorang jururawat  pelatih yang menjadi salah satu kes positif COVID-19.




CARA MENCEGAH COVID-19?

 Organisasi Kesihatan Dunia (WHO)dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menyarankan seperti berikut untuk melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19;


  • Membasuh tangan dengan kerap
  • Membersihkan permukaan seperti telefon bimbit dan meja dengan kerap
  • Jauhkan diri daripada orang ramai
  • Elakkan memegang mulut dan hidung anda
  • Tidak keluar rumah semasa sakit.

Akhir kata, adakah COVID-19 merupakan wabak yang perlu ditakutkan? Buat masa ini, keadaan masih terkawal dan kajian dijalankan 24 jam 7 hari seminggu, maka wajarlah kita peka kepada isu ini namun tidak perlu berasa panik.






Rujukan:

https://www.youtube.com/watch?v=RSiW6ZvPqeg&t=176s

https://www.youtube.com/watch?v=LI90iqFqLXs&t=126s


https://www.bbc.com/news/world-europe-51581805

https://www.who.int/health-topics/coronavirus

https://www.aljazeera.com/news/2020/03/china-reports-573-covid-19-cases-live-updates-
200229235831749.html

https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200226-sitrep-37-covid-19.pdf

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/661022/jururawat-pelatih-mangsa-baharu-covid-19-negara


0 Ulasan

Taip di atas...