Selamat Tinggal Naruto (Bahagian 1) - Cerpen Naruto FanFic



Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan adaptasi daripada cerita Naruto yang sebenar. Terdapat juga karakter NaruCom dalam cerita ini.

.
[SERTAI KUMPULAN WHATSAPP KAMI]
[
BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL]
Cerpen ini merupkan sambungan cerpen "Jangan Pergi Sasuke!"
[Baca "Jangan Pergi Sasuke!"]
Selamat Tinggal Naruto - Yusrie MD.
     Sambil berjalan di Pekan Konoha di malam yang sudah sepi,  di bibir Sakura terkeluar persoalan. “Apa yang kamu berdua cuba buat tadi?”. Naruto tersengih sambil tangan kirinya menggaru kepalanya tanpa menjawab soalan itu tadi. Sasuke pula hanya mendiamkan diri sambil memapah Naruto yang kesakitan akibat ditendangnya tadi. Mereka berjalan memasuki lorong kecil di Konoha. Lorong itu langsung tidak ada sumber cahaya yang meneranginya. Gelap gulita bagaikan lembah kegelapan. BOMB!!!!!!. Tiba-tiba bunyi kuat seperti bom itu membuatkan kegelapan tadi menjadikan ruang lorong itu kelihatan terang. Tekejut Naruto. Jam loceng jatuh ke lantai biliknya. Bunyi yang dihasilkan membuatkan Naruto terjaga dari tidurnya.  Kelihatan cahaya nipis menyinar di celah langsir bagaikan kilauan permata. Rupa-rupanya Naruto hanya bermimpi. “Ah… mimpi rupanya”. Naruto melelapkan matanya semula berharap ianya dibuai mimpi lagi. Namun, sinaran mentari menerobos masuk di celah langsir biliknya sehingga memasuki retina matanya. “Ah, ada saja yang mengganggu!” rungut Naruto.



    Bangkit badan Naruto dari katil yang dilengkapi bantal yang sangat empuk dan selesa. Naruto berjalan menuju ke dapur. Mandi, makan, minum dan makan lagi. Makan apa? Sudah tentulah makan Ramen segera kegemarannya. Hari ini hari yang baru, semalam  sudah berlalu dan hari semalam akan terus menjauhi Naruto. Memandangkan hari ini cuti sekolah, Naruto keluar dari rumahnya dan bersiar-siar di Pekan Konoha. Seperti biasa Naruto akan singgah di Gerai Ichiraku Ramen. Menjamu Ramen di pagi hari memang sesuatu yang menyeronokkan buat Naruto.  Selesai sahaja Naruto menjamu makanan kegemarannya itu. Naruto membayar Ryo kepada Teuchi Si Pakcik Ramen. Mengangkat punggung kentalnya dari kerusi Ichiraku Ramen lantas memusing badanya untuk keluar dari gerai itu. Tersentak Naruto kerana beberapa senti meter tepat di depan mukanya terpapar wajah kacak yang berkulit cerah seperti selebriti Korea dengan bibir yang nipis berwarna merah jambu. Rupa-rupanya Sasuke. Hampir sahaja batang hidung mereka berlanggar. “Eh, Sasuke!” Naruto dengan nada tekejut. Namun, tiada riaksi apapun dari Sasuke. Memang dingin betul perangai sisa puak Uchiha ini. Naruto meneruskan langkahnya dan bersiar-siar lagi  ke penjuru Konoha yang lain dengan membawa hati yang penuh dengan kegembiraan. Itu lah perasaan Naruto yang selalu ada dalam dirinya.

Jangan fikir pelik-pelik eh... gambar hiasan je ni

****
     Sore mengantikan pagi dan tengah hari. Kelihatan sungguh indah Konoha dari pandangan beranda rumah Naruto. Naruto merenung disegenap penjuru kampung Konoha. Dilihatnya monumen para Hokage. Satu demi satu diperhatikannya. Sungguh indah monumen-monumen itu apabila di sambar cahaya mentari senja. “Aku juga ingin menjadi Hokage. Itu adalah jalan ninjaku” Bisik hati kecil Naruto. Setibanya bebola matanya memandang tepat kearah monumen Hokage Keempat yang merupakan ayahnya iaitu Namikaze Minato. Terpapar dimindanya lelaki yang pernah dijumpainya semalam. Rupa lelaki Namikaze Rie yang merupakan abang ayahnya itu memang betul-betul sama seperti wajah arwah ayahnya. Teringat akan hal itu, dia terus teringat akan sepucuk surat yang diberikan Namikaze Rie kepadanya. “Eh, dimana aku letak surat tu eh.” Naruto bertanya dirinya sendiri.



Inilah Namikaze Rie. Karakter Narucom [Papar Profil].  Kalau nak join komuniti kami tekan je sertai kumpulan WhatsApp :)

     Kakinya meninggalkan lantai beranda rumahnya. Di carinya di bawah katil, dalam mulut laci dan sehingga ke ruang tamu. Sungguh menghampakan. Naruto tidak menjumpai surat itu. Terfikir pula di fikirannya akan mimpi malam semalam. Mimpi bahawa Sasuke akan meninggalkan Kampung. Namun pemikirannya itu lantas terhapus bagaikan awan yang dituip angin dengan kelajuan yang tidak terhitung apabila pintu rumahnya di ketuk. “Naruto!” suara seorang perempuan kedengaran yang datangnya dari sebalik pintu rumahnya. “Sekejap” Naruto membalas dan bergegas membuka pintu.  “Naruto, kau harus ikut aku!” kata seorang perempuan itu dengan keadaan panik. Perempuan itu hanya sebelah matanya sahaja kelihatan kerana sebelah lagi ditutupi rambutnya yang panjang. “Kenapa Ino? Ada apa?” Tanya Naruto. Perempuan yang bernama Ino itu tidak menjawab. Namun Ino terus mencapai tangan Naruto dan menariknya menuju ke suatu tempat yang masih tidak diketahui Naruto. “Kau bawa aku ke mana ni?” Tanya Naruto. Ino hanya mendiamkan diri.


     Naruto memandang lampu jalan yang memancarkan cahaya tepat diatasnya. Di turunkannya seedikit sudut dongakannya. Ternyata Naruto berada di depan rumah Sakura. Ino membawa Naruto menaiki tangga untuk ke rumah Sakura. Rumah Sakura yang berada di atas kedai Konoha Mini Market ini membuatkan Naruto terpaksa melangkah 17 anak tangga sambil melawan daya tarikan graviti. Kelihatan pintu rumah ternganga bagaikan mulut buaya yang siap sedia membaham mangsanya. Ino menarik tangan Naruto masuk ke dalam rumah Sakura. Perabot-perabot rumah Sakura tersusun rapi. Belum sempat mata Naruto memandang keseluruhan ruang tamu rumah Sakura. Ino menariknya ke dalam bilik.  Bilik itu penuh dengan warna merah jambu. Agak-agaknya inilah bilik Sakura. Tiba-tiba, lampu bilik terpadam. Keadaan menjadi gelap gulita. Tanpa disedarinya tangan Ino sudah tidak ada dipergelangan tangan kirinya. “Ino!” panggil Naruto. Pintu ditutup. Bunyi pintu ditutup dengan kuat itu membuatkan Naruto terkejut. Belum sempat Naruto berbuat apa-apa, badannya ditolak sehingga badannya mendarat di atas katil yang sungguh empuk. Naruto terdiam ketakutan. Merayap sesuatu di badan Naruto. Tubuh Naruto seperti ingin sahaja dijelajah. Naruto hanya mendiamkan diri kerana terlalu ketakutan. Kaku Naruto.


      Tiba-tiba menyinar cahaya menerangi semula bilik itu. Cuak Naruto apabila melihat lembaga berambut panjang memandang tepat kearah dadanya sambil tangan lembaga itu memegang tubuh Naruto. Muka lembaga itu hitam akibat tidak ada sumber cahaya yang memancar ke wajah lembaga itu.  Tidak dapat mata Naruto menghasilkan imej untuk ditafsirkan otaknya. Tanpa disedari Naruto, dipipinya melekatnya tangan lembaga itu sambil berkata “Naruto, apa semua ni”. Rupanya-rupanya lembaga itu adalah Ino. “Manalah aku tahu. Aku tak nampak apa-apa tadi. Tapi kau yang pegang-pegang aku kan...” Jawab Naruto sambil tersenyum dan tangannya menyentuh pipinya yang merah berbentuk tapak tangan akibat ditampar Ino. Muka Ino sedikit merah dan Ino menjawab pendek. "Aku pun tak nampaklah. Dah lah aku terjatuh tadi, entah aku tertolak siapa tadi, aku pun tak tahu" Lantas Naruto duduk dan bertanya “Kenapa kau bawa aku ke sini, nasib baik tak kena tangkap basah.”. “Tangkap basah ape. Bukannya orang tahupun. Kau pula patut tahu yang Sakura hilang sekarang ni. Dari pagi tadi dia tak muncul-muncul” Kata Ino. “Habis tu kenapa bawa aku ke sini?” Tanya Naruto lagi. “Sebab……..”Sebut panjang Ino. Tiba-tiba kedengaran pintu di ketuk. Mereka berdua lantas keluar dari bilik dan membuka pintu rumah. “Eh, Choji!” kata Ino. “Aku jumpa Sakura. Mari ikut aku cepat” kata Choji. Tanpa ada apa-apa perbualan mereka mengikuti Choji.



****

P/S: Ending ok tak? tapi ni bukan betul-betul ending lagi tau.. yang masih tak baca Cerpen "Jangan Pergi Sasuke!" sila baca di [SINI]. Sebab cerpen ni ada kaitan dengan cerpen tu. kira macam sambungan gitu. Okay sebelum tu, jangan lupa komen dan kongsi cerpen ni... kalau tak komen malas lah saya post bahagian 2. hehe..

[Bahagian 2 : Akan Datang......]

Sila Komen, Kongsi dan Langgan

0 Ulasan

Taip di atas...