20 Cara Berkesan Membasmi Dan Menghalau Tikus Di Rumah

Artikel Bagaimana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
  Masalah tikus di rumah merupakan antara masalah yang sangat membimbangkang. Lebih-lebih lagi apabila tikus mememakan makanan di dapur ataupun peralatan dapur yang kotor akibat tikus. Hal ini kerana tikus boleh memudaratkan kesihatan kita. Antara penyakit yang dibawa tikus adalah Hantavirus Pulmonary Syndrome ( HPS ) iaitu apabila kita menghirup bau tinja tikus. Selain itu ialah seperti keracunan makanan, Murine Thypus dan banyak lagi. Oleh itu Malaysia DuniaKu akan berkongsi 20 cara untuk membasmi dan menghalau tikus di rumah anda.

1. Memelihara Cengkerik
Memelihara cengkerik terbukti berjaya menghalau tikus namun jangan cengkerik yang mengeluarkan suara nyaring, sebaiknya peliharalah cengkerik dengan suara tak nyaring serta cengkerik aduan. Suara yang dikeluarkan oleh cengkerik akan mengganggu pendengaran tikus, sebab tikus tak menyukai kawasan yang ramai dan bising. Letakkanlah cengkerik di kawasan yang kerap di lalui atau di datangi tikus.

2. Daun Pudina
Seperti yang kita ketahui daun ini baik untuk kesihatan, namun daun pudina ini juga menjadi salah satu tanaman yang boleh membasmi tikus, sebab tikus amat tidak menyukai aroma daun pudina. larutkan daun pudina ke dalam air. Apabila sudah larut semburkan larutan tersebut ke kawasan yang sering didatangi ataupun dilalui tikus. Anda juha boleh menanam pokok daun mint untuk lebih jimat.

3. Menggunakan Kapur Barus.
Seperti yang kita ketahui, tikus tidak suka akan bau wangi yang terlalu kuat seperti kapur barus. Cara menggunakan kapur barus sangat mudah hanya dengan menaruh kapur barus di tempat yang kerap dilalui ataupun didatangi tikus.

4. Serbuk Penaik
Sebuah kajian mendapati bahawa tikus tidak boleh bersendawa atau mengeluarkan sejumlah gas yang berada di dalam tubuhnya. Maka dari itulah serbuk atau cairan baking serbuk penaik dijadikan bahan untuk membasmi tikus.
Caranya adalah dengan mencampurkan serbuk penaik ke dalam makanan yang digemari tikus. Bayangkan, apabila makanan yang telah diberi serbuk penaim dimakan oleh tikus, serta tidak dapat mengeluarkan sejumlah gas yang membuatka perut tikus kembung.

5. Memelihara Kucing.
Kucing merupakan musuh ketat tikus.  Dengan memelihara kucing maka kemungkinan besar tempat tinggal anda akan bebas dari tikus. Hanya mendengar suara kucing saja, tikus-tikus akan lari ketakutan.

6. Daun Semambu
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Daun ini juga boleh merawat demam.

7. Daun Durian Belanda
Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.

8. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali di dapur dapur atau kawasan yang dilalui tikus. Biarkan sehingga kering kering.

9. Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat yang sering dilalui tikus. Tikus tidak akan menyukai serbuk lada hitam.

10. Menggunakan Kulit Durian.
Buah durian boleh digunakan sebagai salah satu cara mengusir tikus curut. Bahagian buah durian yang dapat dipergunakan untuk membasmi tikus ialah bagian kulitnya. Potonglah kulit buah durian dan letakkan di daerah yang kerap dilalui tikus. Duri tajam serta aromanya akan menyebabkan tikus tidak menyukai perkara tersebut.

11. Sos/serbuk cili, Air serta Deterjen Pakaian.
Cara membasmi tikus selanjutnya iaitu dengan cara mencampurkan sos cili yang paling pedas dengan deterjen, dan larutkan ke dalam air. Masukkan hasil campuran tersebut ke dalam botol penyembur. Cairan tersebut mesti selalu berada di tangan anda, ketika tikus muncul, maka semburkan dengan cairan tersebut. Maka tikus akan merasa panas. Elakkan daripada terkena mata.

12. Menggunakan Buah Mengkudu.
Buah mengkudu boleh membasmi tikus. Caranya sangatlah mudah, hanya dengan menghancurkan serta mencampurkannya dengan air kemudian di siramkan ke kawasan yang kerap dilalui tikus. Cara ini lebih sesuai digunakan di sawah ataupun di gudang.

13. Menggunakan perangkap tikus
Belilah perangkap tikus yang banyak dijual dipasaran dan letakkan pada kawasan yang selalu dilalui tikus. Jangan lupa untuk meletakkan umpan untuk menarik perhatian tikus.

14. Menangkap Seekor Tikus serta Mewarnanya
Cara ini kelihatan sangat unik kerana memanfaatkan tikus tersebut. Tangkaplah salah satu tikus serta lumurilah tikus tersebut dengan cat warna cerah contohnya jingga, biru atau merah. Selepas itu lepaskanlah tikus yang sidah diwarna warna. Semasa tikus tersebut kembali ke asalnya atau kelompoknya maka yang terjadi adalah kelompok tikus tersebut akan merasa takut serta tercerai berai.

16. Serai Wangi
Belilah produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

17. Racun Tikus
Belilah racun tikus yang banyak dijual dipasaran. Namun perkara ini mungkin boleh menyebabkan tikus mati di kawasan yang sukar untuk kita keluarkan.

18. Buah Kepompong
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus atau di kawasan yang sering dilalui tikus.

19. Lantik Pengendali Haiwan Perosak (Pest Control)
Cara ini sesuai untuk anda yang geli kepada tikus ataupun untuk menyelesaikan masalah tikus mati. Namun cara ini memerlukan kos yang lebih tinggi.

20. Kemas Rumah Anda
 Pastikan rumah anda sentiasa kemas, bersih dan tidak berselerak. Tikus suka tempat yang kotor.

Semoga bermanfaat. Sila kongsi, komen dan langgan Malaysia DuniaKu.

2 Ulasan

  1. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau tikus ni kalau cara lain dah tak berjaya. Saya ada lihat satu produk dari Jepun dekat laman web ni
    www.tenringgitshop.com.
    Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus tak selesa dan beredar. Sangat bagus untuk pd sape2 yg geli atau takut sebab tak perlu berhadapan dengannya. Yang paling penting tak seksa binatang.
    Selamat mencuba yer dan harap2 sekesai masalahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ^_^ . Terima kasih juga atas perkongsian tips tu... Jangan lupa share artikel ni dan langgan website ni

      Padam

Taip di atas...