Alam Remaja Perempuan Songsang (BAB 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung!!!!
cerita ini akan mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang telah terlanjur ke dunia songsang. Cerita ni bukanlah tentang seks tapi hanya sekadar cerita untuk mengisi masa lapang anda. Sebelum itu saya nak ingatkan bahawa cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa pun, jika ada kaitan sekali pun mungkin hanya kebetulan ... ok!!! nikmatilah cerpen ini!!!!
** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **
BAB 1
KRING KRING!!! jam loceng berbunyi tepat menunjukkan jam 5:30 pagi lantas Misya bangkit dari katilnya. Hari ini meupakan hari pertamanya ke sekolah bagi tahun ini. Dia terus menuju ke tandas untuk mandi dan malangnya ada orang di dalam tandas iaitu adiknya Masya. stelah adiknya keluar dari tandas dia terus masuk ke tandas dan mandi. Setalah mandi dia pun kembali ke bilik tidurnya dan mamakai pakaian sekolahnya. Dia menuju ke dapur untuk sarapan. Kelihatan semua adik-adiknya Masya, Gilbert dan Alfran sedang menjamu sarapan pada pagi itu. "Hari pertama sekolah pun kau dah lambat" kata adiknya Masya. Misya hanya mendiamkan diri sambil mengunyah roti kaya yang disediakan oleh ibunya itu.
"Misya, Masya, Gilbert, Alfran!! bas kamu dah tunggu kamu depan rumah ni!!" kata ibunya. Masya dan adik-adiknya bergegas dan terus memakai kasut sehinggakan Misya memakai stoking terbalik. Mereka pun menaiki bas sekolahnya. Pada tahun ini Misya sudah tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan PT3. Manakala Masya adiknya baru memasuki tingkatan 1 dan dua orang adiknya Alfran dan Gilbert masih sekolah rendah. Bas Misya tiba tepat di sekolah pada 6:30 pagi. Dia dan adiknya terus menuju ke pintu pagar sekolah dan duduk di kantin sekolah. Sekolah Misya merupakan sekolah bantuan kerajaan dan kawasan sekolahnya juga kecil.
Semasa di kantin sekolah kelihatan ramai pelajar berada di kantin itu. "Kak, kenapa ramai pelajar kat kantin ni? kata Masya adiknya. "kedudukan kelas kan belum diberitahu" balas Misya dengan perlahan. Datang seorang rakannya iatu Henisa yang sebaya dengan Misya. " Hye Misya!" kata Henisa. Lantas Misya punmebalasnya. Misya memandang rakannya itu dari bawah keatas atas ke bawah. "apa yang kau tengok tu?" tanya Henisa." Eh, takde ape!" kata Misya dengan perasaan cemas.
DI MINTA SEMUA PELAJAR BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN SEKARANG JUGA! Kedengaran arahan daripada dan semua pelajar pun bergerak ke tapak perhimpunan dengan segera. Misya,Masya dan Hanesa pun bergegas ke tapak perhimpunan. Misya melihat ramai pelajar baru tingkatan 1 dengan muka masih comel berdiri-diri seperti tak tahu nak buat apa. Misya mengarahkan adiknya untuk berbaris di barisan tingkatan 1.
Selesai sahaja perhimpunan, Semua pelajar masuk ke kelas masing-masing mengikut kelas yang telah di beritahu semasa perhimpunan sebentar tadi. Misya menuju ke kelasnya iaitu kelas 3 Bestari. Dia melihat ramai rakan sekelas nya sudah berada di dalam kelas. Dia masuk kelasnya dan berdiri sambil mencari meja yang masih kosong. "Misya! sini! duduk sebelah aku!" kedengaran suara seseorang. Misya tercari-cari suara itu dan rupa-rupanya Hanesa yang memanggilnya untuk duduk bersebelahan dengannya. "Lebih baik kau duduk sebelah aku, boleh juga aku tanya-tanya kalau aku tak faham apa yang cikgu ajar"kata Hanesa. " Apa-apa je lah...." balasan pendek Misya. "kau kan pandai,bijak lagi cantik" puji Hanesa. "Eh! jangan nak puji lebih-lebih" Balas Misya. "haha. Kau tak suka ke aku puji kau?" tanya Hanesa. "Suka sikit..............."jawab Misya dengan nada yang perlahan.
BERDIRI! SELAMAT PAGI CIKGU!. Pembelajaran pun bermula.
KRING!KRING!!!!!!
Loceng rehat berbunyi. Misya menuju ke kantin dengan langkah cepat. Dia sebenarnya risau sebab jika dia lambat dia akan beratur panjang dan tak sempat rehat. Setibanya di kantin dia beratur. Semas dia sedang membeli, tiba-tiba punggungnya di sentuh seseorang. Dia terus menoleh kebelakang." Eh sorry! aku tak sengaja." Henisa meminta maaf dengan mukanya yang memang rasa berslah. " Ok tak apa". Misya duduk di sebuah meja dan menikmati nasi goreng + ayam + sambal makcik kantin yang sedap gila sedap tu. "Boleh aku duduk sini" tiba-tiba Hanesa berada di belakannya. "Duduklah" jawab Misya. eh kenapalah dia asyik ada di mana aku berada ni.. hati kecil Misya bersuara. Waktu rehat telah habis dan semua pelajar masuk kelas .
Selepas wakttu pembelajaran telah pun tamat, dia bergegas menuju ke bus stop sekolah dan terus menaiki bas sekolahnya yang tepat menunggunya di hadapan perhentian bus sekolah itu.
BERSAMBUNG....
HAHHAH. Bab ni masih takde bahagian-bahagian yang sweet-sweet dan maaf la kalau bab ni bosan ... hihi. Ok InsyaAllah kalau ada masa saya akan sambung cerita ni.
SILA KOMEN JIKA SUKA KALAU TAK SUKA PUN KOMEN JUGA DAN KALAU NAK SHARE PUN BOLEH :p
0 Ulasan