Cerpen: Kubu Teleportasi
Jam dinding telah menunjukkan jam 1:20 petang menandakan waktu pembelajaran Sekolah Menengah Patau-patau telah pun tamat. Pelajar yang melalui kawasan perhimpunan sekolah kelihatan seperti lautan putih yang bergerak menuju pada arah yang sama iaitu ke pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah.
Seperti biasa Syafiq hanya pulang berjalan kaki. Maklumlah, tempat tinggalnya hanya 300 meter dari sekolah. Semasa dalam perjalanan dia singgah di warung Mak Sanah untuk membeli segelas air ABC. “Makcik. ABC satu!”,pesan Syafiq kepada Mak Sanah. Sementara Mak Sanah menyiapkan ABC yang dipesan oleh Syafiq, dia duduk untuk menunggu pesanannya sambil menonton televisyen yang menayangkan berita mengenai misi mencari pesawat HM073 yang terhempas di Laut China Selatan. Tak lama kemudian Mak Sanah dengan nada yang tinggi “ABC siap!”, sehinggakan Syafiq terperanjat. Kemudian, Syafiq menghulurkan wang untuk membayar air ABC yang dipesannya tadi sambil mengucapkan terima kasih dan berlalu pulang.
Semasa dalam perjalanan Syafiq memberhentikan langkahnya di sebuah jalan kecil yang sunyi sepi. Syafiq teringat akan cerita seorang rakan sekelasnya di tingkatan 4 Sirius pada pagi tadi. Rakannya mengatakan jalan yang selalu digunakan Syafiq itu mempunyai penunggu kerana telah banyak orang yang diganggu semasa melalui jalan itu. Lebih-lebih lagi jalan itu berdekatan dengan sebuah bekas kubu kecil pertahanan tentera British yang dipenuhi semak-samun kerana tidak dimajukan oleh kerajaan. “Alangkah baiknya kalau kubu itu diuruskan”, kata hati kecil Syafiq sambil melihat kubu yang hanya berjarak 50 meter darinya dan boleh memuatkan lebih kurang 6 orang tentera di dalamnya. Kedudukannya yang separuh terkubur juga membuatkan kubu itu tidak kelihatan apabila dilihat dari jarak jauh. Sedang Syafiq melihat kubu lama itu dari jauh, ada cahaya samar-samar dari dalam kubu itu yang membuatkan Syafiq memfokuskan matanya kearah tetingkap kecil yang terdapat pada dinding kubu itu. Jauh di benak akal fikiran Syafiq timbul seribu satu persoalan yang tidak dapat dijawabnya. Tanpa membuang masa dia mendekati dan masuk kedalam kubu lama itu untuk mencari jawapan kepada persoalan mindanya.
Di dalamnya gelap gelita sehingga mata Syafiq tidak dapat menangkap apa-apa cahaya untuk ditafsir otaknya. Syafiq hanya meraba-raba permukaan lantai dan dinding untuk mencari dimanakah sumber cahaya tadi itu datang. Dengan tidak tersengaja Syafiq tertarik sesuatu sehingga lantai yang dipijaknya itu terbuka dan menyebabkan dia terjatuh ke aras bawah kubu lama itu. Syafiq tertiarap dan berusaha untuk bangun. “ Di manakah aku ?” soalan itu menguasai mindanya. Tiba-tiba ruang diterangi dengan cahaya lampu yang kebiruan. Di depan Syafiq kelihatan sebuah gerbang yang bersaiz besar dan mengeluarkan cahaya dari dalamnya. Syafiq terpukau dengan cahaya itu dan menimbulkan persoalan baru pada mindanya. Syafiq menuju kearah pintu itu dan masuk kedalamnya. Entah kenapa dia tidak dapat mengawal dirinya. Mungkin semangat ingin tahunya telah memaksa dirinya untuk masuk kedalam pintu itu.
Kaki seperti terpaku setelah dia masuk ke gerbang itu. Syafiq hanya berdiri sambil matanya terbeliak melihat keadaan di dalam ruang yang berwarna putih dan luas. Pada dinding ruang itu terdapat beberapa buah gerbang. Di atas setiap gerbang itu juga berlabelkan beberapa buah nama negara. Terdapat juga beberapa skrin sentuh yang tidak diketahui Syafiq apakah maksud isi kandungannya. Yang paling mengejutkan terdapat beratus mungkin beribu robot yang lengkap bersenjata yang bergantungan tidak bermaya. “Apakah semua ini?” mulut Syafiq melafazkan persoalan mindanya. “Mungkin pintu tadi adalah pintu teleportasi dan ruang ini adalah ruang tengah untuk menghubungkan semua gerbang-gerbang teleportasi di tempat lain. Tapi agak mustahil untuk manusia mencipta mesin yang dapat melawan hukum fizik. Siapakah yang mencipta semua ini?” pemikirannya terhenti apabila ada 4 orang yang berkulit putih berpakaian putih keluar dari salah satu gerbang teleportasi. Syafiq dengan segera membisukan diri dan menyorok di belakang robot yang berdekatan dengannya sambil mengeluarkan telefon pintar untuk merakam perkara yang dilihatnya. Mujurlah dia ada membawa telefon pintarnya. Kerana pada pagi hari itu cikgu biologi membenarkannya untuk membawa telefon pintar atas alasan untuk mengambil gambar semasa eksperimen pembedahan katak.
“ We must start now” kata salah seorang daripada orang yang berkulit putih itu kepada tiga rakannya yang lain dalam Bahasa Inggeris. Setelah itu, mereka berempat terus menyentuh-nyentuh skrin yang berada berdeketannya. Tidak lama kemudian, penggera berbunyi dan seluruh ruang di penuhi dengan warna merah akibat biasan cahaya lampu merah yang berputar-putar. Pada skrin terpapar perkataan War Begins in 4 Hours. Ini maknanya serangan akan bermula dalam 4 jam lagi. Dengan senyap Syafiq menuju ke pintu teleportasi untuk keluar dari ruang tengah teleportasi itu. “ Jika aku lambat sudah pasti akan terjadi sesuatu yang tidak baik” fikiran minda Syafiq pada masa itu.
Jam telah menunjukkan pukul 4 petang. Maknanya, serangan akan bermula pada jam 8 malam. Setelah Syafiq berjaya keluar dari kubu lama itu, Syafiq terus menuju kepekan dan melaporkan kepada pegawai polis di balai polis yang berdekatan tentang perkara yang akan dihadapi negara mungkin juga seluruh dunia. Namun pengawai polis itu tidak percaya akan kata-kata Syafiq. Shafiq mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukkan rakaman video yang diambilnya tadi. Pegawai polis itu terkejut dan terus menghubungi angkatan tentera untuk menyelesaikan kes tersebut.
Jam telah menunjukkan pukul 5:30pm. Aset ketenteraan sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pihak kerajaan juga telah melakukan perbincangan ringkas secara sulit melalui maya. Beberapa buah negara telah pun bersetuju untuk bekerjasama menyelesaikan masalah ini. Kerajaan juga telah menyekat media daripada berkongsi maklumat mahupun berita tentang perkara tersebut. Syafiq pada masa itu hanya berada di khemah tentera yang berdekatan dengan kubu lama itu dan dia menjadi sumber maklumat utama dalam operasi tersebut. Angkatan tentera beberapa buah negara juga telah berjaya mengesan lokasi pintu teleportasi di negara masing-masing dan bersedia untuk meletupkan semua pintu-pintu teleportasi tersebut. Tepat pada jam 7:30 angkatan tentera beberapa negara akan menyerbu masuk dan setelah itu meletupakan kesemua pintu-pintu teleportasi.
Operasi keselamatan dan pertahanan akhirnya selesai pada pukul 9:30 malam. Pada masa yang sama, Tindakan Shafiq juga telah merungkai misteri kehilangan pesawat HM073. Semua yang berlaku berkait rapat dengan penjajahan ekonomi dan rampasan kuasa negara Israel dengan kerjasama beberapa buah negara barat untuk menguasai beberapa negara lain terutamanya negara-nagara timur. Jika rancangan mereka menjadi, Israel akan meletakkan pesawat HM073 di Iran dan menuduhnya sebagai penyebab peperangan. Selepas kejadian itu, Syafiq tetap meneruskan hari-harinya seperti remaja biasa yang lain. Kubu lama tersebut juga sudah musnah dihancurkan dan hanya meninggalkan kesan-kesan kehancuran.
GLOSARI:
Teleportasi – Perpindahan sesuatu ketempat lain dalam masa yang singkat.
P/s:Maaf kalau cerita ni tak best sangat. cerpen ni admin dah buat lama semasa bengkel pembinaan bakat tunas remaja peringkat kebangsaan di Negeri sembilan beberapa bulan lepas.Sila share,komen dan langgan.
0 Ulasan