Sumo Terkecil Mengalahkan Yokozuna [Juara] Sumo!

Sumber foto : @tachiai_blog twitter 


   
Sumber foto : Sankei
Enho Akira, sumo bersaiz 168 cm seberat 99 kg menentang  juara sumo atau yang digelar "yokozuna" iaitu Hakuho Sho sebesar 192 cm seberat 158 kg di kejuaraan 44th Grand Sumo tournament di Tokyo.

Bukan setakat gelaran Hakuho Sho sebagai yokozuna, tetapi beliau jugalah seorang yokozuna yang paling lam memegang gelaran tersebut dan jumlah kemenangan terbanyak dalam sejarah sumo.

Pada pertarungan hari ahad itu, keperbezaan saiz dan apa juga yang tertulis pada kertas ternyata tidak menyebelahi Enho Akira. Saiz mereka seperti gambar yang dibega di photoshop, saiz seorang lelaki dewasa dengan anaknya.



Pertarungan dalam 15 saat bermula, Hakuho Sho seakan memandang rendah kepada lawannya dengan menggunakan tangannya menahan kepala Enho Akira daripada mara ke kawasan  pertahanan dalamannya. 


Sumber foto : jiji.com

pada awalnya, Enho Akira menepis tangan itu berulang-ulang. Dia kemudian mengubah taktiknya. Dia kemudian menggunakan kedua-dua belah tangannya menarik tangan Hakuho sho ke bawah. 

Tubuh Hakuho Sho hilang imbangan, Enho Akira terus masuk ke kawasan pertahanan dalamannya. Daripada situ, Enho Akira memegang kuat "mawashi" seluar cawat sumo dan  kakinya, membuat humbanan putaran secara mengejut, 270 darjah shitatenage "underarm throw" dan memenangi pertarungan itu.

Enho dan Hakuho sebenarnya dari rumah latihan yang sama. Ini merupakan kali pertama Enho memenangi pertarungan menentang yokozuna kelahiran mongolia itu. Dia merasa amat gembira atas kemenangannya. Begitu juga peminat-peminatnya.





rujukan : Soranews24


0 Ulasan

Taip di atas...