Panduan: Pengenalan Alat-Alat Google (Form, Sheet, Slide & Document)
Terdapat beberapa alat-alat Google yang sangat berguna untuk memudahkan urusan kerja. Artikel kali ini akan mengongsikan video pengenalan penggunaan asas 4 alat Google yang sangat berguna iaitu Form, Sheet, Slide dan Document.
*Klik nama alat untuk ke halaman untuk dilencongkan ke alat Google.
1. Google Form (Borang)
Google Form dapat digunakan untuk tujuan borang maklum balas, borang kajian dan kuiz secara atas talian.
2. Google Sheet (Helaian)
Google Sheet pula kegunaannya lebih kurang seperti Microsoft Excel. Namun demikian, Google Sheet dicipta untuk boleh digunakan secara atas talian dan boleh diintegrasikan dengan alat-alat Google yang lain. Aplikasi mudah alih Android dan Iphone juga disediakan untuk Google Sheet.
3. Google Slide (Slaid @ Pembentangan)
Google Slide pula mempunyai sama fingsi seperti Microsoft Power Point. Seperti Sheet, Google Slide mempunyai kelebihan dalam penggunaan secara atas talian. Google Slide juga boleh dimuat turun ke dalam peranti mudah alih Android dan Iphone.
4. Google Document (Dokumen)
Google Document juga mempunyai fungsi tersendiri walaupun hampir mempunyai fungsi yang sama dengan Microsoft Word. Google Document juga terdapat unruk peranti mudah alih Android dan Iphone.




0 Ulasan