Rompakan Bersenjata Kedai Emas Di Centre Point Kemaman Mencecah Kerugian Hampir 800K


 

17 Ogos 2017, berlaku rompakan bersenjata di dalam centre point Kemaman Terengganu. Tiga orang perompak menutup muka mereka bersenjatakan dua bilah parang dan sepucuk pistol. Dua kedai emas telah berjaya dirompak anggaran kerugian 600K - 800K. Waktu kejadian kira-kira 1.40 pagi - 5.30 pagi. Dua orang RELA diikat dan ditutup muka. Polis menutup tempat kejadian dan mengepung bangunan tersebut bagi membuat siasatan. Dikatakan perompak berjaya melarikan diri sebelum sempat polis sampai. Kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Diminta orang ramai berhati-hati di bandar.


Sumber: Kumpulan Whatsapp Taman Koperasi Perdana Binjai Kemaman

0 Ulasan

Taip di atas...