Berita Palsu! Safee Sali Tidak Meninggal Dunia





Dakwaan Safee Sali meninggal dunia akibat sakit jantung pada 26 September 2016 . Menerusi portal berita palsu yang menggunakan nama “ Harian Metro News ” sebentar tadi telah menyebarkan khabar angin mengenai pemergian penyerang bola sepak JDT , Safee Sali akibat serangan jantung .


  Berita itu kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial facebook  dan turut disebar di laman sosial lain seperti Whatsapp. Perlu diingatkan bahawa facebook page yang menggunakan nama “ Harian Metro News ” adalah palsu manakala nama sebenar page berita metro adalah “ Harian Metro” .

  Perkara ini disahkan menerusi akaun Twitter rasmi Johor Southern Tigers yang dimuat naik pada jam 4.23 petang tadi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.



0 Ulasan

Taip di atas...