Youtube Tergendala di Peringkat Global
Youtube yang merupakan antara laman web paling banyak diakses oleh jutaan pengguna di seluruh dunia kini mengalami masalah untuk diakses. Masalah yang dihadapi ini menjejaskan pengguna Youtube di seluruh dunia.
Berdasarkan tinjauan dan ujian kami, didapati bahawa Yotube tidak dapat diakses melalui desktop dan aplikasi peranti mudah alih termasuklah video yang telah dilekapkan di laman web lain.
If you’re having trouble watching videos on YouTube right now, you’re not alone – our team is aware of the issue and working on a fix. We’ll follow up here with any updates.
— TeamYouTube (@TeamYouTube) November 12, 2020
Berdasarkan hantaran Twitter rasmi Youtube menyatakan bahawa pasukan mereka menyedari masalah ini dan berusaha menyelesaikannya. Namun, Youtube masih tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan punca masalah itu berlaku. Kemungkinan kita akan dapat melihat laman berkenaan beroperasi semula dalam masa terdekat ini.
Rujukan: Amanz
0 Ulasan