Hormati Status Labuan Sebagai Wilayah Persekutuan
“Perkara ketiga iaitu Labuan akan kita letak balik di negeri Sabah dan akan dijadikan sebagai daerah tambahan untuk negeri Sabah,” - Kata pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin
Luangkan sedikit masa anda untuk mengisi borang tinjauan berkaitan isu ini di akhir artikel ini.
Selaku anak jati Labuan, perkara ini boleh dianggap satu penghinaan kepada status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan termasuklah kepada penduduk Labuan yang menyokong penuh taraf Wilayah Persekutuan. Labuan sebuah pulau yang berpenghuni dan seharusnya tidak diperlakukan seperti buah catur yang boleh dialih-alihkan mengikut kehendak pemain. Lagipun beliau juga bukan merupakan penduduk Labuan. Jika benar Labuan ingin dipulangkan semula ke Sabah, perkara tersebut perlulah mendapat restu dari penduduk Labuan itu sendiri & bukan berdasarkan kepentingan politik semata-mata.Bercakap berkenaan pembangunan, Labuan telahpun mengalami banyak perubahan dari segi pembangunan insfrastruktur, ekonomi & sosial selepas menjadi Wilayah Persekutuan sejak 16 April 1984 berbanding di bawah Kerajaan Sabah sebelum itu. Status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan juga tidak menyekat rakyat Sabah dari memasuki Labuan malah telah memberi impak ekonomi serta peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah.
Sebelum Sabah ingin menambah semula Labuan sebagai salah satu daerahnya, ada baiknya Kerajaan Sabah buktikan terlebih dahulu bahawa mereka mampu membangunkan daerah-daerahnya yang masih ada belum dibangunkan dengan baik. Walaubagaimanapun, memang benar Labuan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan KL dan Putrajaya. Namun, ini tidak bermakna Labuan perlu dikembalikan kepada Sabah untuk Labuan menerima impak pembangunan. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan yang perlu memberi perhatian lebih dalam membangunkan Labuan.
Anak Jati Labuan (Rakyat biasa)
Kampung Patau-Patau 1
KEMAS KINI: UMNO Bahagian Labuan mengambil pendirian bahawa Labuan perlu dikekalkan sebagai Wilayah Persekutuan.
UMNO Bahagian Labuan mengambil pendirian bahawa Labuan perlu dikekalkan sebagai Wilayah Persekutuan. Tidak dapat...
Posted by Umno Bahagian Labuan on Sunday, July 26, 2020
Penafian: Artikel ini bukanlah bertujuan untuk meburukkan atau menghina mana-mana pihak. Artikel ini diterbitkan agar suara rakyat sampai kepada pemimpin atasan yang seharusnya sedar akan kehendak sebenar raktyat.
Rujukan: Borneo Today
0 Ulasan